Apakah organ utama sistem respirasi manusia?
Paru-paru
Jantung berfungsi untuk __________ ke seluruh bahagian badan.
mengepam darah
Berikan 3 contoh unsur mineral.
Emas, Berlian, Perak
Apakah fungsi alveolus?
Tempat pertukaran gas antara oksigen dan karbon dioksida
______________ membolehkan darah hanya mengalir dalam satu arah sahaja.
Injap
Berikan 3 contoh sebatian mineral.
Bauksit , hematit , galena, kasiterit
Berikan mekanisme laluan pernafasan
Lubang hidung -> rongga hidung -> farinks -> larinks -> trakea -> bronkus -> bronkiol -> alveolus
Orang dengan kumpulan darah O disebut _______.
Orang dengan kumpulan darah AB disebut _______.
Darah O: Penderma universal
Darah AB: Penerima universal
Antara logam zink, aluminium, dan magnesium, yang manakah paling reaktif terhadap oksigen?
Magnesium
Berikan 4 contoh bahan yang memudaratkan sistem respirasi manusia.
Tar rokok , karbon monoksida , sulfur dioksida , nitrogen dioksida , jerebu, debu dan debunga.
Apakah beza sistem peredaran pulmonari dan sistemik?
Pulmonari: Peredaran darah dari peparu ke jantung dan sebaliknya.
Sistemik: Peredaran darah dari seluruh badan kecuali peparu ke jantung dan sebaliknya.
Apakah gabungan unsur bagi bijih aluminium (bauksit)?
Aluminium, oksigen
Apakah bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok? Berikan lima.
Karbon monoksida , metana , arsenik, sianida, metanol, aseton , ammonia , nikotin , stearik , butana , kadmium, toluena
Di manakah kedudukan xilem dan floem di dalam tumbuhan serta apakah fungsi kedua-dua bahagian ini?
Terletak di berkas vaskular.
Xilem: mengangkut air dan mineral dari akar ke daun.
Floem: mengangkut makanan (glukosa) dari daun ke batang dan akar.
Di negeri manakah kawasan simpanan arang batu yang paling besar?
Merit Pila, Sarawak.