Antara yang berikut, yang manakah BUKAN contoh kata seru?
A. ceh
B. wah
C. amboi
D. sangat
D. sangat
Antara yang berikut, yang manakah BUKAN dalam senarai pembahagian kata nama?
A. nama am
B. nama khas
C. kata majmuk
D. kata ganti nama
C. kata majmuk
Evolusi bahasa Melayu telah mengalami beberapa peringkat. Pada peringkat kedua dalam evolusi ini adalah peringkat
A. kuno.
B. klasik.
C. moden.
D. pascamerdeka.
B. klasik.
“Sedang” merupakan salah satu contoh untuk kata
A. hubung
B. majmuk
C. sendi nama
D. ganda separa
A. hubung
Antara kumpulan kata yang berikut, yang manakah yang mempunyai bunyi diftong?
A pau, tahu, hairan B sekoi, pantau, pantai
C kain, kacau, mulai D boikot, daun, induk
B sekoi, pantau, pantai
Konstituen subjek dalam ayat dasar mesti terdiri daripada
A Frasa kerja
B Frasa adjektif
C Frasa nama
D Frasa sendi nama
C Frasa nama
Pilih perkataan yang terbentuk daripada proses terbitan dalam Bahasa Melayu.
A. landak, komputer, aset
B. melangkah, belajar, kehujanan
C. bolak-balik, gunung-ganang, saudara-mara
D. bercampur aduk, bersatu padu, janji temu
B. melangkah, belajar, kehujanan
Perkataan di bawah ini terdiri daripada kata ganda yang tepat KECUALI
I. Licin-licin
II. Saudara-dara
III. Mundar-mundir
IV. Gunung-ganang
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV
C. II dan III
Pilih penyataan yang benar tentang bahasa Melayu klasik
I Dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit
II Digunakan sebagai lingua franca di kepulauan Melayu
III Bahasa Melayu klasik berkembang antara abad ke-7 hingga ke-13
IV Tulisan jawi merupakan sistem tulisan yang terpenting pada zaman bahasa Melayu klasik
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
D III dan IV
Berikut ialah matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) kecuali
A memaju dan memperkaya bahasa kebangsaan
B memajukan bakat kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan
C menyusun dan menerbitkan sebuah kamus bahasa kebangsaan
D menganjurkan pertandingan berbalas pantun dan pidato dalam bahasa kebangsaan
D menganjurkan pertandingan berbalas pantun dan pidato dalam bahasa kebangsaan
Yang manakah benar tentang bahasa formal?
I Contoh bahasa formal ialah bahasa baku dan bahasa istana
II Menggunakan ragam bahasa bebas yang tidak mementingkan peraturan bahasa
III Mementingkan peraturan bahasa antaranya sebutan dan intonasi, ayat gramatis,dan tatabahasa
IV Tidak wujud sekatan sosial dalam kalangan penutur dan menggunakan ragam bahasa bebas
A I dan II
Yang manakah benar tentang bahasa formal?
I Contoh bahasa formal ialah bahasa baku dan bahasa istana
II Menggunakan ragam bahasa bebas yang tidak mementingkan peraturan bahasa
III Mementingkan peraturan bahasa antaranya sebutan dan intonasi, ayat gramatis,dan tatabahasa
IV Tidak wujud sekatan sosial dalam kalangan penutur dan menggunakan ragam bahasa bebas
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
B I dan III
Bidang fonologi ialah bidang yang mengkaji
A bahasa secara saintifik
B bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia
C fonem-fonem dalam sesuatu bahasa tersebut
D bunyi dalam sesuatu bahasa dan lambang kepada bunyi tersebut
D bunyi dalam sesuatu bahasa dan lambang kepada bunyi tersebut
Ayat-ayat di bawah mempunyai pola ayat FN+FA KECUALI
A. Pokok itu sudah tumbang.
B. Wajah Amri sangat tampan.
C. Ayah Muhammad pengurus syarikat itu.
D. Pejabat ayah sungguh eksklusif dan kemas.
C. Ayah Muhammad pengurus syarikat itu.
Ayat-ayat di bawah mempunyai pola ayat FN+FK KECUALI
A. Beberapa ekor burung merpati sedang makan padi di jemuran Mak Teh .
B. Buah durian di belakang rumah Pak Lazim sudah gugur .
C. Dua sisir sikat rambut di almari telah dibeli oleh kakak Gopal .
D. Askar Melayu yang membuat tasik di negeri Ceylon dahulu sungguh rajin.
Askar Melayu yang membuat tasik di negeri Ceylon dahulu sungguh rajin
Antara ayat yang berikut, ayat yang manakah frasa adjektifnya berfungsi sebagai subjek ayat?
A. Murah benar kasut ini.
B. Lemah lembut sifatnya.
C. Putih melambangkan kesucian.
D. Merah betul baju Mak Timah hari ini.
D. Merah betul baju Mak Timah hari ini.
“Akhir sekali saya ingin” atau “untuk mengakhiri ucapan saya” merujuk kepada karangan jenis
A. berita
B. ceramah
C. perbahasan
D. memorandum
B. ceramah
Kata penguat yang betul penggunaannya
A Rumah Encik Muthu yang berharga sejuta ringgit merupakan rumah yang paling besar sekali di daerah itu
B Suara penyanyi veteran itu sangat merdu sekali apabila mendendangkan lagu keroncong
C Gunung Kinabalu yang tertinggi sekali terletak di Sabah
D Gelang zamrud pemberian ibu saya terlalu mahal sekali
A Rumah Encik Muthu yang berharga sejuta ringgit merupakan rumah yang paling besar sekali di daerah itu
Yang manakah antara ayat berikut mengandung frasa kerja dengan dua objek
I Datin Sofia menghidangi besannya sepinggan laksa
II Sultan menganugerahi pegawai polis itu bintang kebesaran negeri
III Kumaresan menamai kambingnya Si Tepok
IV Dia menganggap saya adiknya
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
A I dan II
Yang manakah antara ayat berikut ayat pasif
I Persatuan Penduduk Bukit Setongkol serahkan memorandum bantahan itu kepada kerajaan
II Pengeluaran haiwan ternakan terjejas oleh pertumbuhan ekonomi yang kurang baik
III Kaucurahkan kasih sayang kepadaku
IV Peraturan yang lebih ketat kerajaan laksanakan untuk menghindari penyakit berjangkit
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
D III dan IV
Antara berikut, yang manakah pasangan kata yang dieja dengan betul?
I ke8 – 1980-an
II antibiotik – probarat
III sub-kategori – mikro-biologi
IV hamba-Mu – prawacana
A II dan III
B II dan IV
C I, II, dan III
D I, II, dan IV
B II dan IV