Jalur Gemilang
Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang pertama?
Tunku Abdul Rahman
Bilakah tarikh pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu?
31 Ogos 1957
Berikan dua (2) jenama kereta kebangsaan Malaysia.
Proton dan Perodua
Tahun ini merupakan tahun kemerdekaan negara Malaysia kali ke _______.
66
Apakah haiwan kebangsaan negara Malaysia?
Harimau Malaya
Siapakah angkasawan pertama Malaysia pertama yang naik ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)?
Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
Di manakah tempat dilaungkan 'MERDEKA' buat kali pertama?
Berapakah jumlah negeri dan wilayah persekutuan dalam Malaysia?
13 negeri dan 3 wilayah persekutuan
Apakah warna kebangsaan yang melambangkan perpaduan rakyat Malaysia?
Lagu kebangsaan Malaysia digubah dari lagu negeri Perak yang bertajuk ____.
Terang Bulan
Siapakah atlet Malaysia yang mengharumkan nama negara dalam sukan badminton?
Datuk Lee Chong Wei
Siapakah Haji Mohamed bin Hamzah?
Pencipta bendera negara Malaysia
Apakah lambang pada logo hari kebangsaan tahun 2023?
Tapak tangan
Pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan Malaysia terletak di ______.
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Apakah bunga kebangsaan negara Malaysia? Apakah warnanya?
Siapakah nama atlet yang mengharumkan nama negara dalam sukan skuasy?
Datuk Nicol Ann David
Apakah kaum majoriti di Malaysia?
Melayu
Di manakah tempat bendera Union Jack diturunkan?
Padang Banda Hilir, Melaka
Apakah peristiwa yang berlaku pada 16 September 1963?
- Pembentukan Malaysia
- Penggabungan antara Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
Apakah lima (5) prinsip Rukun Negara?
1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran perlembagaan
4. Kedaulatan undang-undang
5. Kesopanan dan kesusilaan
Siapakah penjajah pertama yang menjajah Tanah Melayu?
Portugis
Siapakah ketua negara Malaysia?
Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
Apakah sistem pemerintahan yang digunakan di Malaysia?
Sistem Demokrasi Berparlimen
Apakah tema hari kebangsaan Malaysia pada tahun ini?
Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan