Siapakah Hannah?
Hannah adalah adik bungsu kepada Dr Siti Nur
Dimanakah Siti Nur mengalami kesakitan yang teruk sehingga dia terduduk ke lantai sambil menekan arah bahagian perutnya yang sakit itu?
Di Wad 4 sewaktu dia hendak merawat pasien-pasiennya.
Siapakah nama jururawat yang bertugas pada petang itu?
Jururawat Dayang
Siapakah yang dipanggil oleh Jururawat Dayang setelah dia melihat Dr Siti Nur menahan sakit semasa di wad 4 tersebut?
Jururawat Dayang telah memanggil Dr Faisal
Apakah benda yang disuruh ambil Dr Faisal setelah melihat Dr Siti Nur menahan kesakitan?
Dr Faisal menyuruh jururawat mengambil kereta sorong untuk Siti Nur
Apakah yang dikatakan oleh Dr Faisal setelah mengangkatnya ke duduk di kereta sorong?
Dr Faisal bertanya tentang keadaan dan mencadangkan Siti Nur untuk menjalani pemeriksaan.
Wad berapakah Dr Siti Nur dimasukan?
Wad satu. bilik VIP
Siapakah orang yang membuat pemeriksaan ke atas Siti Nur?
Dr Douglas
Siapakah yang menyuruh Dr Siti Nur membuat pemeriksaan X-ray?
Dr Douglas
Bilakah pembedahan akan dilakukan ke atas Siti Nur?
Pada keesokan harinya.
Siapakah yang dipilih oleh Siti Nur untuk membuat pembedahan ke atas dirinya?
Dr Faisal
Kenapakah Siti Nur tidak mahu memberitahu keluarganya?
Siti Nur tidak mahu memberitahu keluarganya tentang keadaannya kerana tidak mahu menyusahkan mereka terutama sekali ibunya Fatimah yang banyak menguruskan keluarganya di Seria
Apakah tekad Dr Faisal yang ingin dilakukannya terhadap Siti Nur?
Dr Faisal bertekad untuk melindungi Dr Siti Nur
Siapakah nama Jururawat yang menyukai Dr Faisal?
Jururawat Joanna
Apakah nama ubat yang diberikan Dr Faisal kepada Dr Siti Nur?
Ubat ponstan
Apakah yang diberitahu oleh Dr Douglas setelah membuat pemeriksaan X ray ke atas Siti Nur?
Dr Douglas memberitahu Dr Siti Nur bahawa dia telah mendapati sejenis tumbuhan di ovari kanannya?
Apakah perasaan Siti Nur & ibunya Fatimah melihat perubahan yang ketara pada diri adiknya Hannah setelah mengalami kemalangan?
Siti Nur dan ibunya Fatimah merasa bersyukur kepada Allah kerana telah memberi petunjuk yang baik kepada Hannah
Apakah perubahan yang ketara pada watak Hannah setelah dia mengalami kemalangan?
Hannah menjadi insaf dan seorang yang baik, memakai pakaian yang tertutup (memakai baju kurung dan bertudung), tidak keluar malam lagi, membantu ibunya menguruskan rumah, tidak tinggal solat 5 waktu dan rajin membaca Al-Quran bersama datuknya
Kenapakah Siti Nur memilih Dr Faisal untuk membedahnya?
Dr Siti Nur memilih Dr Faisal untuk membedahnya kerana dia percaya dan yakin bahawa Dr Faisal boleh melakukannya dengan baik.
Apakah reaksi Dr Faisal setelah mendapati Dr Siti Nur ada sejenis ketumbuhan di ovari kanannya?
Dr Faisal merasa risau dan bimbang akan keadaan Dr Siti Nur kerana dia begitu mencintai dan menyayangi Dr Siti Nur