Kata Nama (Noun)
Kata Kerja (Verb)
Kata Adjektif (Adjectives)
Simpulan Bahasa (Idioms)
Misteri Kata (Mixed)
100

Apakah kata nama am bagi tempat kita belajar?

Sekolah

100

Apakah kata kerja bagi perbuatan menggunakan pensel di atas kertas?

Menulis

100

Lawan bagi perkataan "tinggi" ialah _____

Rendah / Pendek

100

Apakah maksud "Ulat Buku"?

Orang yang suka membaca buku.

100

Apakah kata lawan bagi "rajin"?

Malas.

200

Berikan kata nama khas bagi seorang doktor yang bernama Ali.

Doktor Ali

200

Pilih kata kerja yang betul: Mei Ling _____ buku di perpustakaan. (membaca / memasak)

Membaca

200

Apakah kata adjektif bagi rasa gula-gula?

Manis

200

Apakah simpulan bahasa bagi orang yang suka mencuri?

Panjang tangan.

200

Cikgu: Terjemahkan 'libary' kepada Bahasa Melayu.

Murid: Eja perkataan 'library' dalam Bahasa Melayu.

P-E-R-P-U-S-T-A-K-A-A-N

300

Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk sepotong kek?

Potong / Keping

300

Tukarkan kata dasar "sapu" menjadi kata kerja berimbuhan "meN-".

Menyapu

300

Isi tempat kosong: Bilik tidur Ahmad sangat _____ kerana dia sentiasa mengemasnya.

Bersih / Kemas

300

Apakah maksud simpulan bahasa "Murah Hati"?

Suka memberi / dermawan.

300

Cari kata seerti (synonym) bagi perkataan "gembira".

Suka / Senang / Bahagia.

400

Isikan tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang betul: Ibu membeli se_____ baju.

Helai

400

Apakah perbezaan antara "memasak" dan "mendidih"?

Memasak: Proses keseluruhan menyiapkan makanan dengan haba.

Mendidih: Keadaan cecair mencapai takat didih (100°C).

400

Namakan dua kata adjektif bentuk (contoh: bulat).

Contoh: Empat segi, bujur, segi tiga

400

Isikan tempat kosong: Raju dipanggil _____ kerana dia tidak suka bekerja keras.

Berat tulang.

400

Susun perkataan ini menjadi ayat yang betul: [membeli / di / Ibu / sayur / pasar].

Ibu membeli sayur di pasar.

500

Namakan tiga kata nama khas untuk kenderaan atau tempat di Malaysia.

Contoh: Proton Saga, Kuala Lumpur, Muzium Negara

500

Bina satu ayat lengkap menggunakan kata kerja "menolong".

Ali menolong ibunya mencuci pinggan di dapur.

500

Bina satu ayat menggunakan kata adjektif wangi dan bersih.

Contoh: Baju yang dibasuh oleh ibu itu sangat bersih dan wangi.

500

Apakah simpulan bahasa yang bermaksud "anak yang sangat disayangi"?

Anak emas.

500

Betulkan kesalahan ejaan dalam ayat ini: 

"Ahmad makan nasik lemak di warong."

Ahmad makan nasi lemak di warUng."

M
e
n
u