Penjodoh Bilangan
Simpulan Bahasa
Kata tanya
Peribahasa
Ayat pasif
100

__________ buaya

Seekor

100

Maksud: Negara negara di sebelah barat

Negara atas angin

100

Digunakan untuk menanya bilangan

berapa

100

Bekerjasama melakukan sesuatu

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Bagai aur dengan tebing

(Mana-mana yang boleh diterima)

100

Tukarkan ayat aktif berikut ke dalam ayat pasif.

Ali menulis surat kepada ibu.

Jawapan: Surat itu ditulis oleh Ali kepada ibu.

200

__________ padi

Segenggam

200

Maksud: Kata kata yang tidak boleh dipercayai

Lidah bercabang

200

Digunakan untuk menanya sebab

Kenapa , mengapa

200

Pasangan yang sama padan

Bagai cincin dengan permata

Bagai pinang dibelah Dua

(Mana-mana yang boleh diterima)

200

Tukarkan ayat aktif berikut ke dalam ayat pasif.

Siti menyemak dan menilai tugasan pelajar dengan teliti.

Jawapan: Tugasan pelajar disemak dan dinilai dengan teliti oleh Siti.

300

__________ bunga

Sejambak

300

Maksud: Kurang jelas pendengarannya/tidak dapat mendengar bunyi yang kuat

Pekak badak

300

Digunakan untuk menanyakan cara atau keadaan

bagaimana

300

Musuh yang berada dalam kumpulan sendiri

Gunting dalam lipatan

Api dalam sekam

Musuh dalam selimut

(Mana-mana yang boleh diterima)

300

Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

Mereka menyelesaikan masalah yang timbul akibat kekeliruan jadual mesyuarat dengan sangat cepat dan berkesan.

Jawapan: Masalah yang timbul akibat kekeliruan jadual mesyuarat itu diselesaikan dengan sangat cepat dan berkesan oleh mereka.

400

__________ tembakau

Segumpal

400

Maksud: Melakukan sesuatu tanpa berfikir

Membabi buta

400

Digunakan untuk menanyakan tentang orang

siapa

400

Berasa gelisah dan tidak tenang

Seperti cacing kepanasan

Seperti abu di atas tunggul

Seperti duduk di dalam duri

( Mana-mana yang boleh diterima)

400

Tukar ayat aktif berikut kepada ayat pasif, dengan memastikan perubahan makna dan kata kerja majmuk yang tepat.

Mereka mengambil dan membawa barang-barang penting ke dalam rumah setelah menerima perintah dari ketua mereka.

 Jawapan: Barang-barang penting itu diambil dan  dibawa ke dalam rumah setelah menerima perintah dari ketua.

500

__________ bangunan

Sederet

500

Maksud: Memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya

Mengadu domba

500

Digunakan untuk menanyakan tempat

Di mana

500

Perantau yang pulang semula ke tempat asal

Haruan pulang ke lubuk

Belut pulang ke Lumpur

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri

500

Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif, sambil mengekalkan makna dan konteks masa:

Ayah membaiki kereta yang rosak di bengkel semalam kerana kerosakan itu terjadi akibat kemalangan kecil.

Jawapan: Kereta yang rosak itu dibaiki oleh ayah di bengkel semalam kerana kerosakan itu terjadi akibat kemalangan kecil.

M
e
n
u