Apakah yang memberikan taraf kedudukan yang tinggi kepada Sultan Melaka?
Raja berketurunan Palembang.
Apakah maksud Sistem Pembesar Empat Lipatan?
Pada setiap peringkat pentadbiran, terdapat pembesar yang dilantik oleh pemerintah untuk membantu melicinkan pentadbiran.
Nyatakan dua peranan raja dalam sistem pemerintahan.
1. Menjadi simbol perpaduan dan kemakmuran.
2. Merupakan ketua angkatan tentera.
3. Mengetuai hubungan diplomatik.
4. Menyelaraskan kegiatan ekonomi.
5. Menjadi ketua agama Islam.
6. Meneggakkan keadilan.
Berikan dua tugas utama pembesar.
1. Menjaga keamanan kawasan.
2. Mengutip cukai dan hasil lain melalui sistem serah.
Berikan dua contoh alat kebesaran diraja
1. Cap mohor
2. Nobat
3. Tombak berambu
Terdapat empat golongan Pembesar Berempat. Siapakah mereka?
Alat Kebesaran Diraja digunakan semasa upacara?
Upacara istiadat pertabalan, perkahwinan dan kemangkatan.
Apakah perbezaan sistem pentadbiran semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan sistem pentadbiran pada masa kini?
1. KMM- Sistem beraja, pembesar empat lipatan.
2. Sistem Pentadbiran pada masa kini- Sistem raja Berperlembagaan, demokrasi berparlimen.
Pada pendapat anda, apakah kesan jika seorang raja tidak memiliki ciri kepimpinan seperti adil, berwibawa dan mengambil berat kepada rakyat?
1. Perpaduan tidak akan dapat dicapai.
2. Kemakmuran sukar dicapai.
Bandingkan tugas Bendahara dengan Perdana Menteri pada masa ini.
Bendahara- Penasihat raja, ketua urus angkatan perang, pemangku Sultan, ketua hakim.
Perdana Menteri- Ketua Kerajaan, Ketua Jemaah Menteri, pegawai diplomatik utama, dilantik melalui sistem pilihanraya,