DEFINISI DAN KONSEP AKHBAR
PENGGUNAAN BAHASA DALAM BERITA
CIRI-CIRI BERITA
KATEGORI BERITA
100

Nyatakan definisi penulisan akhbar.

Menyampaikan maklumat, peristiwa, acara dan sebagainya berdasarkan format yang khusus.

100

Apakah kepentingan bahasa dalam penulisan akhbar?

  1. Ketepatan maklumat: menjamin fakta yang tepat dan jelas.

  2. Kredibiliti: meningkatkan kepercayaan pembaca.

  3. Objektiviti: memastikan laporan yang adil dan tidak berat sebelah.

  4. Menarik minat pembaca: menggunakan bahasa yang menarik dan jelas.

  5. Kesederhanaan: mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.

  6. Pengaruh emosi: memainkan peranan dalam mempengaruhi perasaan pembaca.

  7. Penyebaran maklumat: medium utama untuk menyampaikan berita.

  8. Pembentukan pendapat umum: membentuk persepsi masyarakat terhadap berita.

100

Apakah yang dimaksudkan dengan ciri-ciri berita iaitu "objektif"?

Ciri-ciri berita iaitu "objektif" adalah untuk memastikan berita tersebut bersifat adil dan tidak berat sebelah atau "bias".

100

Berikan contoh kategori berita umum yang anda ketahui.

(Semua jawapan adalah relevan jika menepati definisi berita umum iaitu menarik perhatian umum tanpa mengira keturunan, kedudukan atau kepakaran.)

200

Nyatakan gaya penulisan akhbar. 

Penulisan akhbar menggunakan gaya yang jelas, padat, dan menepati objektif.

200

Nyatakan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam petikan berita ini, kemudian betulkan kesalahan tersebut.

Kadar Bantuan Sara Hidup bagi pesara dan veteran tentera dinaikkan daripada RM300 ke RM500. (Buletin TV3, 18 Oktober 2024).

Kata sendi "ke", sepatutnya "kepada".

200

Mengapakah salah satu ciri berita ialah "penting"?


Hal ini kerana berita harus memberi impak kepada pembaca. Berita yang bertemakan keselamatan, ekonomi atau kehidupan seharian biasanya mempunyai kepentingan yang tinggi.     

200

Apakah yang dimaksudkan dengan kategori berita "semula jadi"?

Berita yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak dirancang seperti kemalangan, bencana alam dan kematian.

300

Berikan tujuan penulisan akhbar.

Menyampaikan sesuatu maklumat secara langsung dan mudah difahami oleh pembaca. 

300

Berikan kesalahan tatabahasa dalam petikan berita ini, kemudian betulkan kesalahan tersebut.

Bunyi bising dalam reban ayam berhampiran sebuah rumah di Kampung Gulau, Sik membongkar kehadiran seekor harimau bahan yang dipercayai menyerang ayam peliharaan penduduk berkenaan. (Berita Harian, 19 Oktober 2024).

Kata sendi "dalam", sepatutnya "di dalam".

300

Mengapakah "cepat" menjadi salah satu ciri berita?

Berita perlu disampaikan secepat mungkin selepas peristiwa berlaku supaya kekal relevan dan tidak lapuk atau "basi".

300

Sila baca berita atas talian yang telah diberikan dalam kumpulan WhatsApp kelas dan nyatakan kategori bagi berita tersebut.  

KHUSUS

400

Apakah struktur penulisan akhbar?

Penulisan akhbar biasanya menggunakan struktur piramid terbalik, iaitu maklumat yang paling penting disampaikan pada bahagian awal artikel, diikuti oleh butiran tambahan dan konteks yang kurang penting.

400

Nyatakan kesalahan tatabahasa dalam petikan berita ini, kemudian betulkan kesalahan tersebut.

Kawasan Pantai Esen yang kini dicemari lumpur berselut dan berbau busuk dipercayai mempunyai kaitan dengan pembangunan projek Pulau Silikon yang terletak tidak jauh dari kawasan pantai ini. Ianya semakin memburuk dengan bau yang menusuk hidung sejak dua bulan lalu. (Berita Harian, 20 Oktober 2024).

Kata Ganti Nama Diri Ketiga "ia", sepatutnya "keadaan ini" atau "fenomena ini". "Ianya" tidak wujud dalam kamus.

400

Bincangkan sebarang kemungkinan jika sesuatu berita yang dihasilkan tidak menepati ciri-ciri berita, iaitu "lengkap".

Apa sahaja jawapan atau pandangan yang relevan dikira tepat.

400

Sila baca berita atas talian yang telah diberikan dalam kumpulan WhatsApp kelas dan nyatakan kategori bagi berita tersebut.  

UMUM

500

Siapakah tokoh wartawan yang boleh dijadikan contoh dalam penghasilan penulisan kewartawanan/berita

1. A. Samad Ismail (Jurnalis Malaysia, 1924-2008)

"Beliau antara tokoh besar dalam pembentukan minda masyarakat Malaysia yang tidak tecapai"

2. Ishak Haji Muhammad aka Pak Sako (Penulis Veteran, 1909-1991)

3. Mazlan Nordin (Wartawan: Utusan Melayu dan Berita Harian, 1925-2012)

"Bahasa kewartawanan menggunakan laras bahasa yang tidak serupa dengan laras bahasa ilmiah dan penulisan kreatif. Penulisan tentang berita dalam akhbar merangkumi tulisan-tulisan yang berbentuk laporan berita, ulasan berita dan rencana tentang berita" (Nik Safiah Karim, 2008)

Azura Halid. Jun. 2023. [KOLUMNIS] Bahasa kewartawanan: Tepat dan padat. Astro Awani.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kolumnis-bahasa-kewartawanan-tepat-dan-padat-425356

500

Sebelum memulakan penulisan berita, terdapat perkara yang perlu dikenalpasti, apakah perkara tersebut?



Perkara tersebut ialah persoalan mengenai;

Apa

Siapa

Bila

Di Mana

Mengapa

Bagaimana

500

Dalam meniti arus kemodenan teknologi kini, surat khabar kurang mendapat perhatian daripada masyarakat kerana masyarakat lebih cenderung untuk membaca berita dalam talian sahaja kerana ia lebih mudah dan cepat.

Persoalannya, adakah surat khabar masih relevan sehingga kini?

Berikan pendapat anda. 

Ya, surat khabar masih relevan.

-surat khabar dapat mengubah masyarakat

-sumber disemak secara terperinci sebelum diterbitkan

-wartawan akan mengambil masa yang lama untuk menyiasat, mengumpul maklumat dan tidak ada tekanan untuk 'memecahkan berita'

-saluran media digital perlu mengejar masa supaya berita disiarkan secepat mungkin yang menyebabkan berlakunya salah fakta dan perlu dibetulkan

-mereka yang dberi kolum untuk menulis berita/artikel di surat khabar bukanlah sembarangan, mereka mesti mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu. 

-tahap keyakinan pembaca lebih tinggi disebabkan ketepatan maklumat

-pengalaman dan perasaan memegang surat khabar

-rakyat luar bandar yang sukar untuk mendapatkan akses internet

Rujukan: Roz Ariffin Rozaid. Jun 2023. Relevan Surat khabar dalam era digital. Sinar Harian.

https://www.sinarharian.com.my/article/262523/suara-sinar/analisis-sinar/relevan-surat-khabar-dalam-era-digital

500

Nyatakan kaedah-kaedah untuk mendapatkan maklumat berita?



Pembacaan

Pemerhatian

Wawancara/Temu bual

M
e
n
u