Nyatakan 7 kerajaan yang terletak di kerajaan Alam Melayu.
Funan, Angkor, Srivijaya, Majapahit, Gangga Nagara, Kedah Tua, Champa
Nyatakan sekurang-kurangnya dua kegiatan ekonomi Alam Melayu
Pertanian
Perdagangan
Hasil Hutan dan Laut
Perlombongan dan Pembuatan
Nyatakan 2 golongan dalam struktur sosial.
Golongan Pemerintah
Golongan Diperintah
Berikan dua kepercayaan sebelum kedatangan Buddha, Hindu dan Islam
Animisme dan Dinamisme
Berikan tiga ciri-ciri lokasi strategik Melaka
Laluan perdagangan, bentuk muka bumi, benteng pertahanan, terlindung angin monsoon
Mengapakah kerajaan-kerajaan awal di Alam Melayu muncul di lembah sungai?
Kerana lembah sungai subur dan sesuai untuk aktiviti pertanian.
Nyatakan sekurang-kurangnya tiga kegiatan pertanian yang terdapat di alam melayu.
Padi, rempah-ratus, pisang, tebu, bijan, kekacang, sayuran, kelapa, buah-buahan.
Nyatakan 3 bahasa dan 3 tulisan yang terdapat di Alam Melayu
(Bonus RM50 : Nyatakan Kerajaan yang tidak menggunakan bahasa Sanskrit)
Bahasa : Sanskrit, BM, BM Champa, Khmer, Jawa Kuno
Tulisan : Palava, Champa Kuno, Jawi, Kawi, Pegon
(Bonus : Majapahit)
Berikan dua candi Buddha peninggalan Kerajaan Srivijaya
Candi Muara Jambi, Candi Bahal, Candi Muara Takus
Nyatakan dua peranan Raja
Ketua angkatan tentera, hubungan diplomatik, kegiatan ekonomi, ketua agama islam, menegakkan keadilan, simbol perpaduan dan kemakmuran
Nyatakan sebab kejatuhan kerajaan Kedah Tua, Gangga Negara, dan Srivijaya?
Diserang oleh kerajaan Chola.
Kurung Bnam ialah gelaran yang diberikan untuk raja yang bermaksud raja gunung. Kerajaan manakah yang menggunakan gelaran Kurung Bnam?
Funan
Nyatakan 4 Candi yang terletak di alam melayu
Angkor Wat, Angkor Thom, Borobudor, Go Cay Thi, Muara Takus, Muara Jambi, Tikus, Cetho.
Berikan tiga cara pemerintah menjalinkan hubungan diplomatik.
Persahabatan
Bantuan ketenteraan atau senjata
Perkahwinan
Nyatakan empat pembesar yang mengetuai pentadbiran selepas sultan
Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Laksamana
Nyatakan satu tokoh terkenal kerajaan Majapahit dan satu tokoh terkenal kerajaan Angkor.
Majapahit : Patih Gajah Mada
Angkor : Jayavarman VII
Apakah pelabuhan bagi kerajaan Kedah Tua?
Sungai Mas dan Pangkalan Bujang
Selain daripada candi, berikan 2 seni bina lain yang menjadi kebanggaan Alam Melayu
Baray, Perahu, Pintu Gerbang, Patung Buddha
Berikan tiga kawasan lembah sungai yang menjadi tapak pertanian yang penting bagi kerajaan Alam Melayu
Lembah Sungai Mekong, Sungai Musi, Sungai Bengawan Solo, dan Sungai Brantas
Terdapat tiga cara pembentukan empayar. Nyatakan ketiga-tiga cara tersebut beserta dengan contoh
Penaklukan - Melaka menakluk Kelantan, Terengganu, Pahang.
Perkahwinan - Sultan Mansur Shah berkahwin dengan puteri Majapahit
Naungan - Patani, kedah dan Lingga
Nyatakan lima pusat kerajaan bagi kerajaan Alam Melayu.
Funan - Vyadhapura
Champa - Indrapura
Srivijaya - Palembang
Angkor - Hariharalaya
Majapahit - Kota Trowulan
Kedah Tua - Sungai Mas dan Pangkalan Bujang
Gangga Negara - Pangkalan
Berikan tiga gelaran raja yang digunakan oleh kerajaan Alam Melayu
Kurung Bnam - raja gunung (Funan)
Cakravatin - pemerintah alam sejagat (Funan)
Rajadhiraja - raja segala raja (Funan & Champa)
Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau (Srivijaya)
Dewaraja (Angkor)
Maharaja, Sri Maharaja, Sri Bathara (Majapahit)
Nyatakan 2 contoh pengaruh sastera dan epik dari India
Ramayana, Mahabhrata, Purana, Jataka
Nyatakan tiga jenis pelabuhan beserta dengan fungsi pelabuhan tersebut
Pembekal : pelabuhan persinggahan untuk membekalkan bahan dagangan dan bekalan makanan kepada pedagang
Kerajaan : pelabuhan pembekal yang berkembang apabila wujudnya kerajaan di pelabuhan tersebut
Entrepot : pengumpul, pengendali dan pengedar barang dagangan daripada para pedagang
Terdapat dua sistem dalam sistem pentadbiran Melaka iaitu sistem serah dan sistem kerah. Nyatakan definisi kedua-dua sistem tersebut
Sistem serah - pemberian sebahagian hasil tanaman yang diusahakan oleh rakyat kepada pemerintah
Sistem kerah - melakukan sesuatu pekerjaan tanpa diberi upah