Guru besar sedang memberikan __________ (ucapkan/ucapan) kepada murid-murid.
ucapan
Sila __________ (letakkan/letakan) kertas ini di atas meja.
letakkan
"__________ (Hormatkan/Hormati) orang tua," nasihat guru kepada murid-murid.
Hormati
" Sila __________ (telitikan/telitian) gambar buku teks anda," kata Cikgu Lim kepada murid-murid.
telitikan
__________ (Masak/Masakan) ibu sangat sedap.
Masakan
Kita mesti __________ (patuhi/patuhan) nasihat ibu bapa kita.
patuhi
"Tolong __________ (bancuhan/bancuhkan) secawan air kopi," pinta ayah.
bancuhkan
Pensel warna sudah saya __________ (miliki/milikan).
miliki
Encik Tan membahagikan __________ (tugasan/tugaskan) kepada setiap kumpulan.
tugasan
Para peserta harus mendengar __________ (arahkan/arahan) daripada ketua kumpulan.
arahan
"Muthu, __________ (agihkan/agihi) kertas ini kepada rakan-rakan kamu," kata Cikgu Lim.
agihkan
" Ayah __________ (dapatkan/dapati) pelajaran kamu semakin merosot,"kata Encik Kong kepada anaknya.
dapati
Dinding dewan itu kami __________ (hiaskan/hiasi) dengan poster-poster bertemakan kemasyarakatan.
hiasi
__________ (Tandakan/Tandai) jawapan yang betul pada kertas soalan.
Tandakan
Emak melanggan majalah secara __________ (bulankan/bulanan) untuk menambah pengetahuan.
bulanan