A
B
C
D
100

Ibu membeli ikan di pasar.

Ayat tunggal atau Ayat majmuk?

Ayat tunggal

100

Nyatakan kata hubung bagi ayat majmuk di bawah.

Dia tinggal di kampung itu sejak lima tahun lepas.

Sejak

100

Gabungkan ayat tunggal di bawah menjadi ayat majmuk.

1) Dia datang ke pejabat.

2) Kepalanya sakit.

Dia datang ke pejabat walaupun kepalanya sakit.

100

Kata apakah yang digunakan untuk menggabungkan ayat-ayat tunggal menjadi ayat majmuk.

Kata hubung

200

Apakah predikat?

Menerangkan tentang subjek.

200

Apakah subjek?

Bahagian ayat yang diterangkan

200

Nyatakan tiga daripada kata hubung gabung.

dan, tetapi, sambil, lalu

200

Gabungkan ayat tunggal di bawah.

1) Zarina menyapu sampah.

2) Dia mengelap cermin tingkap.

Zarina menyapu sampah dan mengelap cermin tingkap.

300

Bina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung "bahawa".

Binaan ayat daripada pelajar.

300

Bina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung pancangan relatif.

Binaan ayat daripada pelajar.

Kata hubung pancangan relatif - yang

300

1) Para pelajar sedang berkumpul di dalam dewan.

2) Mereka menyanyi sambil menari.

Yang mana satukah ayat majmuk?

2) Mereka menyanyi sambil menari.

300

Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di bawah.

Bungkusan yang terletak di atas meja itu kepunyaan saya.

Subjek - Bungkusan yang terletak di atas meja itu

Predikat - Kepunyaan saya

400

Cerakinkan ayat majmuk di bawah menjadi ayat tunggal.

Ganesh membeli buku, pen, dan pemadam di kedai buku.

Ayat 1: Ganesh membeli buku di kedai buku.

Ayat 2: Ganesh membeli pen di kedai buku.

Ayat 3: Ganesh membeli pemadam di kedai buku.

Kata hubung - dan

400

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah menjadi ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung berpasangan.

1) Motosikal tidak dapat dibelinya.

2) Basikal tidak dapat dibelinya.

Jangankan motosikal, basikal pun tidak dapat dibelinya.

400

Nyatakan jenis-jenis dan bahagian yang terdapat dalam ayat majmuk?

1) Ayat majmuk gabungan

2i) Ayat majmuk pancangan relatif

2ii) Ayat majmuk pancangan komplemen

2iii) Ayat majmuk pancangan keterangan

3) Ayat majmuk campuran

400

Apakah yang dimaksudkan dengan ayat majmuk?

Menggabungkan dua atau lebih ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung dan penggabungan tersebut menjadikan ayat tersebut ayat baharu.

500

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah.

1) Kucing itu mencuri ikan.

2) Kucing itu lari.

3) Kucing itu dipukul oleh ayah.

4) Kucing itu dihalau oleh ayah.

Kucing yang mencuri ikan itu lari apabila dipukul dan dihalau oleh ayah.

500

Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat-ayat tunggal di bawah, kemudian gabungkan menjadi ayat majmuk.

Ayat 1: Semua orang tahu.

Ayat 2: Tuduhan itu fitnah semata-mata.

Subjek ayat 1: Semua orang

Predikat ayat 1: Tahu

Subjek ayat 2: Tuduhan itu

Predikat ayat 2: Fitnah semata-mata.

Ayat majmuk - Semua orang tahu bahawa tuduhan itu fitnah semata-mata.

500

Cerakinkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.

Pencemaran alam merupakan masalah global yang memerlukan perhatian sejagat.

1) Pencemaran alam merupakan masalah global.

2) Pencemaran alam memerlukan perhatian sejagat.

Kata hubung - Yang

500

Gabungkan ayat tunggal di bawah.

1) Pak Ali sedang tidur.

2) Pak Ali di serambi rumah.

3) Pak Ali terkejut.

4) Pak Ali mendengar panggilan.

5) Panggilan itu daripada Pak Hassan.

6) Pak Hassan baru tiba.

7) Pak Hassan dari Kuala Lumpur.



Pak Ali yang sedang tidur di serambi rumah terkejut apabila mendengar panggilan daripada Pak Hassan yang baru tiba dari Kuala Lumpur.

M
e
n
u