Seorang eksekutif muda menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi semua SOP organisasi. Namun, beliau sering memotong percakapan orang lain dan merendahkan pandangan rakan sekerja yang lebih tua. Berdasarkan Penghayatan etika dan peradaban dalam acuan Malaysia, situasi ini paling tepat menggambarkan __________.
A. Kejayaan etika professional walaupun adab sosial lemah.
B. Pemisahan etika kerja daripada adab sebagai norma moden.
C. Ketidakseimbangan antara etika formal dan nilai adab.
D. Perubahan etika akibat globalisasi yang tidak dapat dielakkan.
C. Ketidakseimbangan antara etika formal dan nilai adab.
Mengapakah susur masa prakolonial, colonial dan pascakolonial penting dalam menganalisis etika dan peradaban Malaysia?
A. Untuk membezakan etika mengikut etnik.
B. Untuk menilai etika secara kronologi sejarah.
C. Untuk memahami pembentukan nilai melaui proses sejarah.
D. Untuk mengekalkan keaslian etika tradisional.
C. Untuk memahami pembentukan nilai melaui proses sejarah.
Seorang anak menegur ibu bapanya dengan Bahasa kasar atas alasan “kejujuran”. Analisis paling tepat berdasarkan situasi ini adalah __________.
A. Kejujuran mengatasi keperluan adab.
B. Etika moden menolak hierarki sosial.
C. Kegagalan memahami konsep adab dalam peradaban.
D. Perubahan struktur sosial keluarga.
C. Kegagalan memahami konsep adab dalam peradaban.
Mengapakah adat resam menekankan sifat dinamik?
A. Adat resam tidak lagi relevan dalam masyarakat moden.
B. Adat resam berubah mengikut kehendak individu.
C. Adat resam menyesuaikan diri dengan perubahan zaman.
D. Adat resam digantikan oleh etika global.
C. Adat resam menyesuaikan diri dengan perubahan zaman.
Percampuran amalan etika tradisional dan Barat dalam masyarakat Malaysia pascakolonial paling tepat difahami sebagai __________.
A. Proses peniruan budaya luar secara total.
B. Penolakan nilai tradisional demi kemodenan.
C. Penyesuaian selektif mengikut konteks sosial.
D. Konflik nilai yang tidak dapat diselesaikan.
C. Penyesuaian selektif mengikut konteks sosial.
Amalan berjabat tangan secara formal dalam urusan rasmi di Malaysia hari ini menunjukkan bahawa __________.
A. Etika Barat menggantikan adab Melayu tradisional.
B. Etika colonial diterima sepenuhnya tanpa penyesuaian.
C. Nilai luaran diserap dan diselaraskan dengan nilai tempatan.
D. Amalan tersebut wujud kerana pengarah agama semata-mata.
C. Nilai luaran diserap dan diselaraskan dengan nilai tempatan.
Seorang pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan berjaya mengubah kehidupan keluarganya melalui pendidikan dan kerjaya beretika. Fenomena ini paling tepat dijelaskan melalui __________.
A. Dominasi struktur sosial terhadap individu.
B. Biografi individu yang terpisah daripada sejarah.
C. Hubungan dinamik antara biografi dan struktur sosial.
D. Kejayaan akibat usaha individu semata-mata.
C. Hubungan dinamik antara biografi dan struktur sosial.
Penggunaan media sosial menyebabkan masyarakat semkin berani bersuara tanpa batas adab. Situasi ini berpunca daripada __________.
A. Globalisasi teknologi maklumat.
B. Kegagalan individu menilai kesesuaian etika.
C. Percampuran nilai formal dan tidak formal.
D. Kewujudan masyarakat majmuk.
D. Kewujudan masyarakat majmuk.
Konsep “asobiah/asabiah” dalam konteks Malaysia moden paling sesuai diamalkan Apabila __________.
A. Sesebuah kumpulan mempertahankan kepentingan kaum sendiri.
B. Individu mengutamakan jaringan sosial peribadi.
C. Masyarakat membina solidarity merentas perbezaan peribadi.
D. Negara mengekalkan tradisi tanpa perubahan.
C. Masyarakat membina solidarity merentas perbezaan peribadi.
Mengapakan kegagalan individu beretika boleh menjejaskan peradaban negara?
A. Individu mempengaruhi imej antarabangsa ngara.
B. Tingkah laku individu mencorak normal sosial jangka Panjang.
C. Negara bergantung kepada moral rakyat semata-mata.
D. Etika menentukan kestabilan ekonomi.
B. Tingkah laku individu mencorak normal sosial jangka Panjang.