Apakah maksud 'bahasa rasmi'?
Pilihan Jawapan:
a. Bahasa yang digunakan dalam urusan pentadbiran dan perundangan sesebuah negara. ✅️
b. Bahasa yang digunakan dalam perbualan harian masyarakat
c. Bahasa yang digunakan oleh penduduk asal negara tersebut
d. Bahasa yang paling lama digunakan oleh sesuatu bangsa
a. Bahasa yang digunakan dalam urusan pentadbiran dan perundangan sesebuah negara. ✅️
Manakah antara berikut ialah badan yang bertanggungjawab memartabatkan Bahasa Melayu di Malaysia?
Pilihan Jawapan:
a. Kementerian Pendidikan
b. Institut Kajian Melayu
c. Dewan Bahasa dan Pustaka
d. Majlis Bahasa Melayu
c. Dewan Bahasa dan Pustaka ✅️
Yang manakah contoh kata adjektif?
Pilihan Jawapan:
a. Menyapu
b. Baju
c. Sekolah
d. Cantik
d. Cantik ✅️
Peribahasa bagai mencurah air ke daun keladi bermaksud...
Pilihan Jawapan:
a. Cepat belajar
b. Sangat berjaya
c. Terlalu pemurah
d. Usaha yang sia-sia
d. Usaha yang sia-sia ✅️
Apakah maksud “patik” dalam Bahasa Melayu Klasik?
Pilihan Jawapan:
a. Diri baginda
b. Rakyat jelata
c. Kata ganti diri pertama untuk rakyat kepada raja
d. Nama tempat
c. Kata ganti diri pertama untuk rakyat kepada raja ✅️
Apakah fungsi utama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)?
Pilihan Jawapan:
a. Menjaga hak cipta buku-buku teks
b. Mengatur penggunaan bahasa asing
c. Menerbitkan dan mengemaskini bahan sastera
d. Mengembangkan dan Memartabatkan Bahasa Melayu
d. Mengembangkan dan Memartabatkan Bahasa Melayu
Apakah tulisan yang digunakan dalam penulisan rasmi Bahasa Melayu pada zaman Kesultanan Melaka?
Pilihan Jawapan:
a. Rumi
b. Pallava
c. Jawi
d. Sanskrit
c. Jawi ✅️
“Tatabahasa” merujuk kepada?
Pilihan Jawapan:
a. Perkataan yang digunakan dalam sastera klasik
b. Koleksi perkataan dalam sesuatu bahasa
c. Susunan dan peraturan penggunaan bahasa yang betul
d. Cara menulis karangan yang menarik
c. Susunan dan peraturan penggunaan bahasa yang betul ✅️
Apakah maksud peribahasa "Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing"?
Pilihan Jawapan:
a. Setiap orang berusaha untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain.
b. Orang yang malas bekerja dan hanya menunggu bantuan.
c. Seseorang yang menyimpan dendam secara diam-diam.
d. Manusia yang sukar dikawal kerana terlalu bijak.
a. Setiap orang berusaha untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain. ✅️
“Bahasa Melayu Klasik” banyak dipengaruhi oleh bahasa…
Pilihan Jawapan:
a. Sanskrit dan Arab
b. Inggeris dan Portugis
c. Cina dan Tamil
d. Jawa dan Thai
a. Sanskrit dan Arab ✅
Manakah antara berikut merupakan jenis puisi tradisional Melayu?
Pilihan Jawapan:
a. Pantun
b. Syair
c. Drama
d. Melodrama
a. Pantun ✅️
Manakah antara berikut merupakan batu bersurat terawal yang mencatatkan tulisan dalam Bahasa Melayu?
Pilihan Jawapan:
a. Batu Bersurat Terengganu
b. Batu Bersurat Palembang
c. Batu Bersurat Singapura
d. Batu Bersurat Brunei
a. Batu Bersurat Terengganu ✅️
Pilih ayat yang betul dari segi struktur tatabahasa.
Pilihan jawapan:
a. Mereka pergi ke pasar dengan cepat-cepat.
b. Cepat-cepat mereka ke pasar pergi.
c. Mereka pergi ke pasar dengan tergesa-gesa.
d. Mereka dengan pergi tergesa-gesa ke pasar.
c. Mereka pergi ke pasar dengan tergesa-gesa. ✅️
Manakah peribahasa yang menggambarkan seseorang yang terlalu takut?
Pilihan Jawapan:
a. Seperti ayam berak kapur
b. Seperti tikus membaiki labu
c. Seperti harimau lapar
d. Seperti enau dalam belukar
a. Seperti ayam berak kapur ✅️
Gaya bahasa dalam Bahasa Melayu Klasik banyak menonjolkan…
Pilihan Jawapan:
a. Gaya formal undang-undang
b. Unsur puitis dan kiasan
c. Ringkasan fakta
d. Bahasa kasar dan terus
b. Unsur puitis dan kiasan ✅️
: Bahasa Melayu dikenali sebagai Bahasa Malaysia bermula tahun?
Pilihan Jawapan:
a. 1957
b. 1967
c. 1960
d. 1963
b. 1967
Manakah berikut merupakan Negeri-negeri Selat semasa penjajahan British ?
Pilihan Jawapan:
a. Perak, Pulau Pinang dan Melaka
b. Selangor, Melaka dan Singapura
c. Pulau Pinang, Melaka dan Singapura
d. Johor, Singapura, Perlis
c. Pulau Pinang, Melaka dan Singapura ✅️
Antara berikut, yang manakah bukan berfungsi sebagai kata hubung dalam ayat?
Pilihan jawapan:
a. Walaupun
b. Namun
c. Sungguh
d. Sebaliknya
c. Sungguh ✅️
"Seperti telur di hujung tanduk" membawa maksud...
Pilihan Jawapan:
a. Keadaan yang sangat bahaya dan mudah terancam
b. Orang yang cepat marah dan tidak stabil emosinya
c. Seseorang yang mempunyai keberanian tinggi
d. Keadaan yang tenang dan damai
a. Keadaan yang sangat bahaya dan mudah terancam ✅️
Dalam teks klasik, “Hikayat” merujuk kepada…
a. Cerita panjang yang mengandungi unsur sejarah, mitos, dan moral
b. Puisi bebas tanpa struktur
c. Prosa ilmiah
d. Surat rasmi kerajaan
a. Cerita panjang yang mengandungi unsur sejarah, mitos, dan moral ✅️
Apakah nama pelan tindakan kerajaan untuk memperkukuh penggunaan Bahasa Melayu di Malaysia?
Pilihan Jawapan:
a. Pelan Pendidikan Wawasan
b. Dasar Bahasa Kebangsaan
c. Pelan Pembangunan Negara
d. Pusat Latihan Khidmat Negara
b. Dasar Bahasa Kebangsaan ✅️
Manakah antara berikut ialah tokoh yang memperjuangkan ejaan Rumi bagi Bahasa Melayu?
Pilihan Jawapan:
a. Tun Abdul Razak
b. Pendeta Za' ba
c. Munshi Abdullah
d. Ramlee Awang Murshid
b. Pendeta Za' ba ✅️
Yang manakah ayat songsang yang betul dari segi struktur tatabahasa?
Pilihan jawapan:
a. Dengan penuh harapan, surat itu dia tulis. ✅️
b. Datang semalam dia ke rumah saya.
c. Ke hospital segera mereka bawa ayahnya.
d. Disuruhnya pergi budak itu membeli makanan.
a. Dengan penuh harapan, surat itu dia tulis. ✅️
Bagai api dalam sekam" bermaksud...
Pilihan Jawapan:
a. Orang yang sentiasa berbaik-baik dengan semua orang
b. Keadaan yang tenang dan damai
c. Seseorang yang marah atau berdendam dalam hati tetapi tidak menunjukkan secara jelas
d. Seseorang yang pendiam dan tidak mudah marah
c. Seseorang yang marah atau berdendam dalam hati tetapi tidak menunjukkan secara jelas ✅️
Dalam kajian Bahasa Melayu klasik, “ejaan jawi” digunakan secara meluas kerana…
a. Ia hanya digunakan dalam puisi sahaja
b. Ia digunakan hanya dalam dokumen undang-undang
c. Ia menggantikan semua tulisan lain di Nusantara
d. Ia menyesuaikan tulisan Arab untuk bunyi bahasa Melayu, memudahkan penyebaran Islam dan kesusasteraan Melayu
d. Ia menyesuaikan tulisan Arab untuk bunyi bahasa Melayu, memudahkan penyebaran Islam dan kesusasteraan Melayu ✅