Berapakah jumlah gigi susu dan gigi kekal?
20 batang gigi susu dan 32 batang gigi kekal
Pengumpulan plak dalam jangka masa panjang akan menyebabkan?
karang gigi
Karang gigi atau kalkulus hanya boleh dibuang melalui rawatan
penskaleran
Apakah makanan yang berada pada tingkat paling bawah dalam piramid makanan?
Buah - buahan dan sayur - sayuran
Berikan perbezaan antara gigi yang sihat dan gigi yang tidak sihat
Gigi yang sihat mempunyai
- lapisan yang bebas dari plak dan karies
- gusing berwarna berwarna merah jambu
Gigi yang tidak sihat pula
- terdapat plak dan karan gigi terkumpul
- mulut berbau
- gusi berwarna merah
Apakah alat yang boleh digunakan untuk membuang sisa makanan di celah gigi?
Flos/ benang gigi
Apakah slogan untuk memupuk semangat memeriksa gigi yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia?
Ingat hari jadi, ingat doktor gigi
Apakah fungsi florida di dalam air dan ubat gigi?
- penstruksturan semula lapisan gigi
- menguatkan lapisan paling luar gigi
- mencegah gigi berlubang
Apakah rawatan yang dilakukan untuk gigi berlubang/karies?
- Tampalan
- Rawatan akar
- Cabutan
Terangkan tentang pemilihan berus gigi yang betul
Berus gigi mestilah dipilih berdasarkan size dan bulu yang lembut
Jelaskan cara bagaimana gigi berlubang / karies boleh terjadi
Gigi berlubang boleh terjadi apabila terdapat sisa makan berinteraksi dengan bakteria di dalam dan menyebabkan penghasilan asid. Asid yang terhasil mempunyai keupayaan untuk menghakis lapisan enamel gigi.
Tunjukkan cara penggunaan flos yang berkesan
Lilitkan flos pada jari tengah dan gunakan jari telunjuk untuk menggerakkan flos di setiap celahan gigi
Apakah bahan yang menyebabkan ketagihan merokok atau vape?
Nikotin
Apakah ciri-ciri penyakit gingivitis?
- Gusi merah dan bengkak
- Gusi senang berdarah semasa memberus
- Pengumpulan plak dan karang gigi
Terangkan penjagaan gigi di rumah
- Berus gigi sekurang-kurangnya 2x sehari
- Menggunakan flos setiap hari
- Berkumur-kumur selepas makan