PENGETAHUAN AM
PENYAKIT GIGI
RAWATAN GIGI
100

Apakah slogan Bahagian Kesihatan Pergigian Malaysia?

Ingat hari jadi, ingat doktor gigi

100

Apakah medium/larutan cecair yang boleh digunakan untuk menyimpan gigi avulsi/tertanggal?

Susu, saline, air liur sendiri

100

Terdapat tiga rawatan untuk gigi berlubang iaitu

- tampalan

- rawatan akar

- cabutan

200

Terangkan fungsi gigi selain makan dan pertuturan

untuk membantu pertumbuhan gigi kekal dan forensik odontologi

200

Jelaskan keadaan pesakit apabila mengalami gigi terimpak.

- Sakit dan bengkak yang kerap berulang 

- Bukaan mulut yang terhad

- Sakit dan bengkak pada kelenjar di bahagian rahang mulut

200

Terangkan keburukan memakai fake braces/fake veneer

- mulut berbau

- gusi bengkak

- gigi bergerak keluar dari tulang rahang

- karies gigi

- kecederaan tisu mulut

- berisiko mendapat penyakit berjangkit dan kanser mulut

300

Apakah ciri-ciri doktor gigi yang bertauliah?

  • Berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MPM)
  • Mempunyai ijazah sarjana muda Doktor Pergigian
  • Menjalankan rawatan di klinik pergigian berdaftar
300

Apakah punca halitosis/mulut berbau?

- karies gigi

- kalkulus/karang gigi

- kebersihan mulut yang teruk

- menghisap rokok/vape

- tabiat makan makanan yang berbau kuat seperti bawang

300

Apakah fungsi fluorida yang terdapat dalam ubat gigi dan air?

- untuk remineralisasi permukaan enamel gigi

- untuk menguatkan struktur gigi

400

Tunjukkan cara penggunaan flos yang berkesan

Lilitkan flos pada jari tengah dan gunakan jari telunjuk untuk menggerakkan flos di setiap celahan gigi

400

Jelaskan cara bagaimana gigi berlubang / karies boleh terjadi

Gigi berlubang boleh terjadi apabila terdapat sisa makan berinteraksi dengan bakteria di dalam dan menyebabkan penghasilan asid. Asid yang terhasil mempunyai keupayaan untuk menghakis lapisan enamel gigi.

400

Berikan satu mitos tentang penskaleran gigi

“Penskaleran boleh menyebabkan gigi jarang” 

Sebaliknya, ruang kelihatan selepas penskaleran kerana karang gigi telah dibuang. 

500

Terangkan kaedah berhenti vape/rokok

DEAD pointers

D - delay, melengahkan

E - escape, melepaskan diri

A - avoid, mengelak

D - distract, mengalihkan fikiran

500

Apakah yang akan terjadi jika rawatan whitening/pemutihan gigi dilakukan secara kerap?

Hipersensitiviti terhadap pengambilan makanan atau minuman yang terlalu panas atau sejuk disebabkan oleh hakisan lapisan luar oleh hydrogen peroksida yang terdapat dalam kit pemutihan gigi.

500

Terangkan langkah - langkah apabila berlaku avulsi gigi

- Bertenang dan cari gigi yang tertanggal.

- Pegang pada korona gigi dan elakkan memegang bahagian akar gigi.

- Lalukan gigi dibawah air yang mengalir selama 10 saat.

- Masukkan gigi avulsi ke dalam soket semula. Jika berjaya, gigit kain bersih dengan kuat.

- Jika tidak berjaya, simpan gigi dalam medium seperti air susu/saline/air liur sendiri. Elakkan menyimpan dalam air.

- Bawa gigi dengan segera ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan kecemasan

M
e
n
u