PENGETAHUAN AM
PENYAKIT GIGI
RAWATAN GIGI
100

Berapakah jumlah gigi susu dan gigi kekal?

20 batang gigi susu dan 32 batang gigi kekal

100

Apakah kondisi yang dipanggil untuk gigi tertanggal akibat trauma?

Avulsi gigi

100

Terdapat tiga rawatan untuk gigi berlubang iaitu

- tampalan

- rawatan akar

- cabutan

200

Terangkan fungsi gigi selain makan dan pertuturan

untuk membantu pertumbuhan gigi kekal dan forensik odontologi

200

Apakah masalah yang selalu terjadi pada gigi bongsu?

gigi bongsu terimpak / impacted

200

Terangkan keburukan memakai fake braces/fake veneer

- mulut berbau

- gusi bengkak

- gigi bergerak keluar dari tulang rahang

- karies gigi

- kecederaan tisu mulut

- berisiko mendapat penyakit berjangkit dan kanser mulut

300

Apakah slogan Pergigian

INGAT HARI JADI INGAT DR GIGI

300

Apakah punca halitosis/mulut berbau?

- karies gigi

- kalkulus/karang gigi

- kebersihan mulut yang teruk

- menghisap rokok/vape

- tabiat makan makanan yang berbau kuat seperti bawang

300

Rawatan gigi terimpak ialah

pembedahan kecil untuk membuang gigi graham bongsu

400

Bilakah sejarah pergigian sekolah bermula?

kategori umur berapa bagi pergigian sekolah?

skim manakah yang membuat pemeriksaan dan rawatan pergigian sekolah menengah pada waktu sekarang?

1948

17 tahun ke bawah

pegawai pergigian

400

Jelaskan cara bagaimana gigi berlubang / karies boleh terjadi

Gigi berlubang boleh terjadi apabila terdapat sisa makan berinteraksi dengan bakteria di dalam dan menyebabkan penghasilan asid. Asid yang terhasil mempunyai keupayaan untuk menghakis lapisan enamel gigi.

400

Berikan satu mitos tentang penskaleran gigi

“Penskaleran boleh menyebabkan gigi jarang” 

Sebaliknya, ruang kelihatan selepas penskaleran kerana karang gigi telah dibuang. 

500

Dimanaka dan Bilakah tahun bermulanya kedatangan Pegawai Pergigian Di Asia ?

Singapura 1869

500

Apakah yang akan terjadi jika rawatan whitening/pemutihan gigi dilakukan secara kerap?

Hipersensitiviti terhadap pengambilan makanan atau minuman yang terlalu panas atau sejuk disebabkan oleh hakisan lapisan luar oleh hydrogen peroksida yang terdapat dalam kit pemutihan gigi.

500

Terangkan prosedur yang mesti dilakukan apabila berlaku avulsi/gigi tertanggal

1. Bertenang dan terus mencari gigi yang tertanggal.

2. Pegang gigi hanya pada bahagian korona dan bersihkan kurang dari 10 saat di bawah air yang mengalir.

3. Cuba untuk masukkan gigi ke dalam soket semula dan gigit menggunakan tuala yang bersih.

4. Jika gigi tidak berjaya dimasukkan semula, gigi mestilah diletakkan di dalam bekas yang berisi susu, saline atau air liur pesakit.

5. Bawa gigi dengan segera ke klinik gigi berdekatan untuk mendapatkan rawatan kecemasan

M
e
n
u