ASAS
HUBUNGAN ETNIK
PENJAJAHAN
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
HAK ASASI
100

KADAZAN - MURUT - BAJAU

Merujuk kepada etnik di atas, apakah nama negeri yang terdiri daripada ketiga-tiga etnik tersebut?

Sabah

100

"Pemisahan kelompok ras secara paksa merupakan bentuk perlembagaan diskriminasi yang diterapkan dalam struktur sosial, contoh yang paling terkenal adalah Dasar Apartheid yang pernah terjadi di Afrika Selatan." 

Apakah istilah dari segi hubungan etnik yang sesuai dengan dasar di atas?

Segregasi

100

Terdapat beberapa aspek yang membawa kepada pembentukan semula jadi masyarakat plural di Melaka antara orang tempatan dan pedagang-pedagang asing. Apakah aspek-aspek tersebut?

1. Pemerintahan dengan diplomasi dan terbuka

2. Perdagangan melalui pelabuhan yang cekap

3. Corak kependudukan di Melaka

4. Kepelbagaian budaya di Melaka

100

"Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang."

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep ketertinggian perlembagaan?

Tiada undang-undang lain yang boleh mengatasi perkara-perkara dalam perlembagaan. Hal ini dikenali sebagai keluhuran perlembagaan.

100

Senaraikan antara Perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia yang boleh membawa kepada ketegangan hubungan etnik sekiranya dibincangkan secara tidak terkawal.

Perkara 3 (Agama), Perkara 14-30 (Kewarganegaraan), Perkara 152 (Bahasa) & Perkara 153 (Kedudukan Istimewa)

200

Kaki kurus - Rambut kerinting - Mata besar - Bibir tebal - Kulit hitam - Badan tinggi

Ras boleh ditakrifkan sebagai kelompok sosial yang mempunuai tanda pengenalan kolektif berdasarkan ciri-ciri fizikal bilogikal. Apakah kategori ras yang sesuai dengan ciri-ciri di atas?

Negroid

200

"Masyarakat Cina Tionghua Kelantan tidak pernah rasa terpinggir walaupun di sekeliling mereka adalah orang-orang Melayu beragama Islam. Kesesian dan kebudayaan tempatan diterima dan seterusnya mempengaruhi nama dan apa yang mereka suka."

Apakah istilah yang sesuai bagi menjelaskan pernyataan di atas?

Asimilasi

200

"Dasar pecah dan perintah adalah satu kaedah penjajahan yang digunakan di Tanah Melayu suatu ketika dahulu."

Apakah pekerjaan masyarakat Melayu sewaktu dasar ini dilaksanakan?

Petani dan nelayan

200

"Seorang lelaki bertindak menghina institusi beraja secara melampau melalui akaun Facebook. Selepas itu, lelaki tersebut ditangkap oleh pihak berkuasa dan didapati bersalah."

Apakah prinsip Rukun Negara yang gagal dipatuhi oleh lelaki tersebut?

Kesetiaan kepada raja dan negara

200

Jelaskan perbezaan antara Negara Islam dan juga Agama Rasmi Islam.

Negara Islam - Mengamalkan pentadbiran Islam, Syariah Islamiyah

Agama Rasmi Islam - Agama lain masih boleh diamalkan tanpa sebarang sekatan, bahkan penganut agama lain mempunyai hak mereka yang tersendiri dalam mengamalkan ajaran mereka

300

Bilakah rusuhan kaum yang terjadi setelah tamatnya Pilihanraya berlaku?

13 Mei 1969

300

"A(B)+B(C)+C(A)=A(B)+B(C)+C(A)"

Formula di atas merupakan satu proses dimana kumpulan minoriti mempelajari budaya kumpulan majoriti. Apakah istilah proses perpaduan yang sesuai dengan formula di atas?

Akulturasi

300

Dari aspek pentadbiran negara, apakah kesan yang dilihat hasil kedatangan penjajah?

Pemisahan pentadbiran dari agama - sekularisme

300
Namakan 2 dokumen asal yang menjadi rujukan kepada pembentukan Perlembagaan Malaysia.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957
300

Nyatakan 4 cara utama untuk memperolehi kewarganegaraan Malaysia.

Tempat lahir, keturunan, naturalisasi/mastautin dan perkahwinan

400

Terangkan bagaimanakah konsep Etnisiti dan Etnosentrisme dapat dikaitkan dengan memberikan contoh yang relevan.

Etnisiti adalah rasa kekitaan disebabkan oleh latar belakang yang sama. Adakalanya mereka menganggap etnik mereka yang terbaik, sehingga tercetusnya perasaan etnosentrisme, yang mana tidak menerima pandangan atau memandang rendah terhadap etnik lain.

400

Apakah proses yang boleh dikaitkan dengan penghasilan budaya dan ras baru?

Amalgamasi

400

Bagaimanakah zaman pluraliti dan zaman masyarakat plural boleh dibezakan?

Pluraliti - Kemasukan warga asing secara semula jadi

Masyarakat Plural - Kemasukan warga asing secara paksaan oleh penjajah

400

Apakah bentuk Perlembagaan Malaysia?

Perlembagaan bertulis

400

Apakah yang terkandung dalam Perkara 6 Perlembagaan Malaysia? Berikan contoh yang mudah.

Perkara 6 (Keabdian dan Kerja Paksa)

Rakyat Malaysia tidak boleh dipaksa melakukan sesuatu kerja secara paksaan seperti hamba abdi yang tidak dibayar, kerana mereka dilindungi oleh Perlembagaan Malaysia.

500

Pada pandangan kamu, dari aspek hubungan etnik, apakah keperluan untuk memahami budaya dan masyarakat?

Saling hormat-menghormati antara satu sama lain kerana Malaysia mempunyai pelbagai etnik.

500

Hubungan etnik mempunyai 5 tahap yang berbeza. Berikan contoh 5 tahap hubungan etnik yang berlaku di Malaysia.

Segregasi - Semasa penjajahan, aktiviti ekonomi berdasarkan etnik

Akomodasi - Kemasukan migran dari luar ke Tanah Melayu hasil dari paksaan penjajah

Akulturasi - Proses penerimaan unsur budaya etnik lain, contohnya perkahwinan orang Melayu yang meminjam budaya berinai orang India

Asimilasi - Perubahan cara kehidupan secara total, biasanya melibatkan etnik minoriti menerima cara kehidupan etnik majoriti, contohnya Baba dan Nyonya, yang mana kehidupan mereka seperti orang Melayu, namun agama dan kepercayaan masih kekal

Amalgamasi - Berlaku hasil dari perkahwinan campur, contohnya "Cindian".

500

Pada pandangan kamu, mengapakah semasa zaman masyarakat plural, rakyat lebih banyak memberontak?

Warga tempatan - Mereka terpaksa menerima kehadiran warga asing ke tanah air hasil usaha mereka selama ini

Warga asing - Kerana ada antara mereka terpaksa meninggalkan keluarga di negara asal

500

Jelaskan dengan jelas perbezaan antara Perlembagaan Bertulis dan Perlembagaan Tidak Bertulis.

Perlembagaan Bertulis - Undang-undang yang didokumenkan

Perlembagaan Tidak Bertulis - Tiada dokumentasi undang-undang secara spesifik, banyak rujuk kepada kes-kes "masa lalu"

500

Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, apakah yang boleh kamu simpulkan mengenai pengaplikasian hak asasi manusia di negara ini?

Rakyat memiliki kebebasan untuk meluahkan/melakukan apa sahaja yang dibenarkan dalam perlembagaan, namun perlu juga mengikut undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan.

M
e
n
u