Gas rumah hijau yang paling banyak menyumbang kepada pemanasan global.
karbon dioksida
Simbol kitar semula menggunakan bentuk ini.
Bentuk segitiga
Kepelbagaian semua bentuk kehidupan di Bumi.
Biodiversiti
"3R" merujuk kepada Reduce, Reuse dan...?
Recycle (kitar semula)
Negara Asia Tenggara ini sering mengalami jerebu akibat amalan pembakaran terbuka.
Indonesia
Kawasan kutub yang mencair dengan paling cepat akibat perubahan iklim.
Kutub Utara
Bahan yang diperbuat daripada pasir dan boleh dikitar semula tanpa kehabisan.
Kaca
Hutan hujan terbesar di dunia.
Hutan Amazon
Beg guna semula menggantikan item pakai buang ini.
Beg plastik
Tsunami besar pada tahun 2004 kebanyakannya melanda lautan ini.
Lautan Hindi
Proses di mana atmosfera Bumi memerangkap haba.
Rumah hijau
Kaedah semula jadi untuk mengurai sisa organik.
Kompos
Haiwan panda berasal dari negara ini.
China
Menjana tenaga elektrik daripada cahaya matahari.
Tenaga solar
Bencana nuklear pada tahun 1986 di Ukraine yang menyebabkan pencemaran radioaktif yang meluas.
Chernobyl
Perjanjian antarabangsa yang ditandatangani pada tahun 2015 untuk menangani pemanasan global.
Perjanjian Paris
Nombor pada plastik yang menunjukkan jenis bahan dan boleh dikitar semula atau tidak.
Kod pengenalan resin (resin identification code)
Kepelbagaian spesies paling tinggi biasanya ditemui di kawasan ini yang berhampiran garisan Khatulistiwa.
Hutan hujan tropika
Bangunan hijau mengamalkan penggunaan sumber ini secara efisien seperti cahaya matahari, air hujan dan pertukaran udara semula jadi.
Sumber boleh diperbaharui
Letusan gunung berapi di Indonesia pada tahun 1883 ini menyebabkan tsunami besar dan menghasilkan bunyi paling kuat direkodkan.
Gunung Krakatau
Aktiviti manusia ini menyebabkan peningkatan tahap karbon dioksida dalam atmosfera sejak Revolusi Perindustrian.
Pembakaran bahan api fosil
Istilah yang menggambarkan usaha mengurangkan sisa melalui penggunaan semula dan kitar semula.
Sisa sifar (zero waste)
Spesies bukan tempatan (contoh, tumbuhan atau haiwan) yang memberi kesan buruk kepada habitat yang ia dibawa masuk secara ekonomi, persekitaran atau ekologi
Spesies ceroboh (invasive species)
Gaya hidup yang bertujuan untuk menghasilkan kesan negatif minimum terhadap alam sekitar.
Gaya hidup lestari (sustainable living)
Jelawat, Nuri, Sepat, Cempaka, Merbok, Pulasan, Tapah, Nangka, Nyatoh dan Mawar adalah nama-nama bagi fenomena ini di rantau Pasifik.
Taufan yang dinamakan oleh Malaysia