BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
MIX
100

Dalam struktur Atom, terdapat Nukleus. Berikan 1 bahagian yang ada dalam Nukleus Atom selain daripada Proton.

Neutron

100

Sekumpulan murid Tingkatan 1 Alfa sedang mengkaji mengenai komposisi udara yang terdiri daripada campuran beberapa jenis gas. Bantu mereka mengenali Jenis Gas yang mempunyai Peratusan paling tinggi dalam komposisi Gas?

Gas Nitrogen 

100

Berikan 3 ciri imej yang dibentuk oleh cermin satah

Songsang sisi

Sama Saiz 

Maya

100

Kebanyakan gempa bumi disebabkan oleh

Pergerakan dalam kerak bumi./ Pergerakah plak tektonik/ Aktiviti magma

100

Apakah jenis campuran yang boleh dipisahkan dengan menggunakan kaedah Penurasan?

Campuran Air dan Pasir

200
Apabila suatu bahan mengalami perubahan Kimia, nyatakan satu kesan yang mungkin berlaku pada bahan tersebut?

bau dikesan

perubahan warna 

perubahan bentuk 

pembentukan gas

200

Nyatakan Nama Gas yang boleh di uji dengan menggunakan air kapur, Gas ini diperlukan oleh tumbuhan.

gas Karbon dioksida

200

Namakan semua juzuk warna dalam spektrum cahaya mengikut turutan yang betul

merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, ungu

200

Kasim menjumpai sejenis batu yang mempunyai fosil di dalamnya . Apakah jenis batu ini?

Batu SEDIMEN

200

Sebuah kilang simen membebaskan banyak habuk ke udara. Pokok yang ditanam berdekatan kilang itu lama-kelamaan mati. Terangkan sebabnya.

Habuk menutup liang stoma yang terdapat pada daun tumbuhan. tumbuhan tidak dapat melakukan proses fotosintesis kerana sukar utk mendapatkan gas karbon dioksida serta cahaya matahari, dan menyebabkan tumbuhan tersebut mati.

300
  • Partiban mencampurkan serbuk besi dan serbuk sulfur ke dalam satu mangkuk petri. Dengan menggunakan magnet, Partiban boleh mengasingkan serbuk besi daripada campuran tersebut. 
  • Apabila serbuk besi dipanaskan bersama serbuk sulfur, besi sulfida yang berwarna hitam terbentuk. Apabila magnet didekatkan kepada besi sulfida, diperhatikan ada apa yang berlaku, dan besi tidak dapat diasingkan.

  • Berdasarkan kepada pemerhatian ini, adalah penghasilan besi sulfida  suatu perubahan fizikal atau perubahan kimia? Mengapa?

Perubahan Kimia

Kerana hasil tindak balas mempunyai ciri yang berbeza daripada bahan tindak balas.

300

Semasa Amin dan kawan-kawannya menjalankan eksperimen di makmal sains, buku Amin  telah terkena api penunu Bunsen lalu terbakar. 

Terangkan bagaimana fire blanket  dapat menghalang api dari terus marak dan merebak.

Untuk satu proses pembakaran  berlaku mesti mempunyai bahan bakar, haba dan udara/oksigen. Fire blanket berfungsi bagi menghalang punca api mendapat bekalan udara/oksigen seterusnya akan menyebabkan api terpadam

300

Nyatakan 3 jenis warna primer

Merah

 Hijau

 Biru  

300

Ozon terbentuk di lapisan stratosfera dan melindungi bumi dengan menapis 99%  daripada sinaran ultra ungu daripada pancaran matahari. Sinaran ultra ungu boleh menyebabkan kanser kulit dan membunuh plankton di lautan. Lapisan ozon boleh menjadi nipis disebabkan oleh aktiviti manusia.

Apakah contoh bahan-bahan yang digunakan oleh manusia yang menyebabkan  fenomena penipisan lapisan ozon.

Punca utama penipisan lapisan ozon ialah gas klorofluorokarbon atau cfc di samping pencemar-pencemar lain seperti gas-gas oksida nitrogen. CFC digunakan dalam komputer, sistem pemadam api, penyembur aerosol, bahan penyejuk

300

Aini pergi ke pasar untuk membeli ikan. Di sebuah gerai, Aini membeli 3.4 kg ikan Kerapu. Kemudian Aini membeli 350g ikan Tenggiri dan 800g ikan Merah. Hitungkan jumlah jisim ikan yang dibeli oleh Aini dalam  kilogram.

4.55kg

400

Encik Samy merupakan pengusaha besi buruk. Didapati bahawa semua bahan telah bercampur.

Cadangkan kaedah yang paling efektif dan cepat untuk Samy mengasingkan bahan berlogam di samping mengurangkan kos pengendalian tapak tersebut. Jelaskan.

Menggunakan electromagnet kerana bahan logam boleh ditarik oleh magnet.

400

Kereta yang menggunakan minyak petrol sebagai bahan api banyak menghasilkan pencemaran udara. Huraikan dua perkara yang patut dilakukan oleh syarikat pembuat kereta untuk mengurangkan jumlah pencemaran udara yang dihasilkan oleh kereta.

1.Pembuat kereta menghasilkan kereta yang menggunakan kurang petrol

2.Pembuat kereta menghasilkan kereta yang berfungsi tanpa mencemarkan udara


 1.Pembuat kereta menghasilkan kereta mengunakan petrol yang lebih perbatuannya

 2.Pembuat kereta menyingkirkan pencemaran sebelum dibebaskan melalui ekzos


400

Langit kelihatan biru pada waktu tengah hari. Jelaskan bagaimana fenomena tersebut berlaku.

Pada waktu tengah hari, cahaya matahari melalui lapisan atmosfera yang nipis sebelum sampai ke bumi. Penyerakan cahaya biru dan ungu oleh habuk, debu, wap air dan molekul gas dalam atmosfera menyebabkan langit kelihatan biru. 

 

400

Hakisan tanah boleh berlaku d ikawasan cerun seterusnya boleh menyebabkan tanah runtuh, pelbagai kaedah boleh digunakan bagi mengatasi masalah tanah runtuh di kawasan cerun bukit. Berikan   kaedah yang boleh diaplikasikan  bagi menghalang hakisan tanah pada permukaan cerun bukit.

kaedah untuk mengatasi runtuhan tanah di cerun bukit akibat hakisan air hujan 

-simen cerun

-letak batu

-longkang air

-tanam rumput atau pokok  dan sebagainya

400

Puan Murni menjalani pemeriksaan kesuburan di sebuah klinik. Daripada diagnosis doktor, Puan Murni mendapati bahawa dia mempunyai tiub Falopio tersumbat.

 Nyatakan 1 rawatan yang dicadangkan oleh doktor untuk mengatasi masalah kemandulan ini. terangkan kaedah tersebut

IVF (IN VITRO FERTILISATION)

Ovum dan sperma disenyawakan dalam piring petri untuk menjadi embrio

kemudian, embrio dipindahkan ke uterus wanita untuk penempelan

500

Ah Leong seorang pengusaha stesyen minyak. Kawasan itu telah mengalami bencana banjir dan menyebabkan air memasuki tangki penyimpanan petrol.

Cadangkan kaedah bagaimana anda dapat membantu Ah Leong untuk mengasingkan minyak dan petrol.

Kaedah corong pemisah
Kaedah ini dapat mengasingkan campuran cecair dengan cecair sahaja. Cecair berbeza ketumpatan
Cara-cara mengasingkan air dan minyak:
a) Tuangkan air dan minyak ke dalam corong dan tinggalkannya selama 15 minit.
b) Buka pili dan biarkan air mengalir keluar dan masuk ke dalam bikar pertama.
c) Tutup pili dan buka pili semula dan kumpulkan minyak ke dalam bikar kedua.



500

Sekiranya Jabatan Alam Sekitar mengharamkan pembakaran jerami secara terbuka  Jalankan satu penyelidikan yang inovatif secara berkumpulan untuk  menyelesaikan isu pelupusan jerami padi.

Jerami yang dikumpul untuk dilupuskan boleh digunakan untuk menghasilkan produk sampingan.

-kertas

-produk kraftangan

-penanaman cendawan jerami padi

500

Laporan yang disediakan oleh polis di London pada tahun 1923 berbunyi:

Malam itu merupakan malam yang gelap, tiada cahaya bulan. Seorang lelaki kelihatan berdiri di bawah lampu jalan yang menghasilkan cahaya kuning. Kemudiannya pada malam itu, barang kemas dan lukisan telah dicuri dari sebuah rumah yang berdekatan. Saksi yang telah melihat lelaki berkenaan menerangkan warna pakaian lelaki tersebut sebagai “semua hitam”.

Polis telah menahan Seorang lelaki memakai baju biru dan seluar bewarna merah. Mungkinkah lelaki ini pencurinya, yang pakaiannya kelihatan hitam dalam cahaya kuning lampu jalan? Terangkan jawapan anda.

Tidak. 

Baju berwarna biru tidak memantulkan cahaya kuning, maka, lelaki tersebut akankelihatan seperti memakai baju berwarna hitam. 

Tetapi, oleh sebab cahaya kuning adalah campuran cahaya merah dan hijau, seluarnya akan memantulkan warna merah sahaja. 

Oleh itu, lelaki ini akan kelihatan seolah-olah memakai seluar merah, maka, dia BUKAN pencuri itu.

500

Menurut Prof. Emeritus Dato Dr. Ibrahim Komoo, perlombongan adalah suatu aktiviti yang boleh memberikan manfaat dari segi sosio ekonomi. Perkembangan sains dan teknologi telah menyumbang kepada kemajuan industri perlombongan. Justeru, perlombongan bukan lagi suatu aktiviti yang tidak lestari.

Wajarkan bagaimana aktiviti perlombongan boleh dilestarikan dengan mencadangkan langkah bagi mendapatkan impak positif dari sudut sosio ekonomi dalam jangka masa

  • Mengenakan tindakan tegas seperti denda, kompaun, menggantungkan lessen dan membatalkan operasi bagi mereka yang melanggar syarat.
  • Jabatan alam sekitar melakukan penyeliaan terhadap aktiviti perlombongan yang mencemarkan alam sekitar
  • Melaksanakan kerja-kerja pembersihan kawasan lombong secara bersepadu antara syarikat dan agensi kerajaan
  • Membina benteng bagi menguatkan kembali cerun yang telah rosak seperti banteng konkrit bagi mengelakkan hakisan dan tanah runtuh.
  • Menanam pokok-pokok peneduh di kawasan kilang kuari bagi memerangkap habuk dan mengurangkan suhu pemanasan setempat
  • Membaik pulih kawasan lombong menjadi kawasan rekreasi.
500

Siapakah orang pertama yang pergi ke bulan?

Neil Armstrong

M
e
n
u