Apakah unit SI bagi panjang?
Meter (m)
Apakah struktur yang mengawal pergerakan bahan masuk dan keluar dari sel?
Membran sel
Apakah dua jenis pembiakan yang berlaku dalam organisma?
Pembiakan seks dan pembiakan aseks
Berikan satu contoh keadaan yang dikawal oleh homeostasis.
Suhu badan / kandungan air / aras gula dalam darah
Apakah lapisan paling luar Bumi?
Kerak
Apakah alat yang digunakan untuk mengukur isi padu cecair dengan lebih tepat?
Silinder penyukat
Mengapa sel haiwan tidak memerlukan kloroplas?
Haiwan tidak menjalankan fotosintesis untuk menghasilkan makanan
Mengapa lelaki mempunyai dua testis?
Testis menghasilkan sperma dan hormon seks lelaki; kedudukannya di luar rongga badan membantu mengekalkan suhu yang sesuai untuk penghasilan sperma
Apakah proses perubahan cecair kepada gas?
Apakah lapisan udara yang mengelilingi Bumi?
Atmosfera
Mengapakah bacaan eksperimen biasanya diambil beberapa kali?
Untuk meningkatkan ketepatan dan kebolehpercayaan keputusan
Jika membran sel rosak, apakah yang mungkin berlaku kepada sel?
Pergerakan bahan masuk dan keluar sel tidak dapat dikawal dengan baik dan sel boleh mengalami kerosakan
Apakah organ pembiakan jantan pada bunga?
Stamen
Tiga strafikasi dalam lautan
Zon permukaan, zon tengah malam dan zon ....
Apakah nama batuan cair yang berada di bawah permukaan Bumi?
Magma
Apakah tiga jenis pemboleh ubah dalam eksperimen
Dimanipulasikan, bergerak balas dan dimalarkan
Susun mengikut organisasi daripada paling ringkas kepada paling kompleks: organ, sel, sistem, tisu.
Sel → Tisu → Organ → Sistem
Jika stigma pada bunga ditutup dengan plastik, apakah kesannya terhadap pembiakan tumbuhan?
Debunga sukar sampai ke stigma, menyebabkan pendebungaan dan seterusnya persenyawaan mungkin tidak berlaku
Apakah gas yang diperlukan tumbuhan untuk menjalankan fotosintesis?
Karbon dioksida
Nyatakan antara fenomena geobencana...
Gempa bumi, tanah runtuh
Ali ingin mengkaji kesan jumlah air terhadap pertumbuhan anak pokok. Mengapa dia perlu menggunakan jenis dan saiz pokok yang sama?
Untuk memastikan pemboleh ubah lain dimalarkan dan keputusan lebih adil
Mengapakah sel daun mempunyai banyak kloroplas berbanding sel akar?
Sel daun menerima cahaya dan menjalankan fotosintesis, manakala kebanyakan sel akar tidak menerima cahaya yang mencukupi
Apakah fungsi skrotum?
Melindungi testis dan membantu mengekalkan suhu yang sesuai
Sebuah kawasan hutan ditebang untuk membina kawasan perumahan. Ramalkan dua kesan terhadap alam sekitar dan jelaskan
Habitat haiwan berkurang dan biodiversiti terjejas; hakisan tanah juga boleh meningkat kerana kurang akar tumbuhan untuk memegang tanah
Mengapakah kawasan bandar yang mempunyai banyak jalan berturap lebih mudah mengalami banjir kilat berbanding kawasan yang mempunyai banyak tumbuhan?
Permukaan berturap mengurangkan penyerapan air ke dalam tanah, manakala tumbuhan membantu menyerap air melalui akar.