Sasterawan Negara Wanita yang pertama.
Zurinah Hassan
Kata adjektif yang melambangkan kecantikan paras rupa seorang wanita.
jelita, cantik, ayu
Nyatakan jenis ayat di bawah :
Amar menendang bola itu.
Ayat aktif
Orang yang sangat cetek pengetahuannya.
Katak di bawah tempurung.
Dalam banyak-banyak bunga, bunga apakah yang berwarna hitam.
Bunga tayar.
Binatang yang dikaitkan dengan pembukaan negeri Melaka.
pelanduk putih
Ejaan yang betul bagi perkataan di bawah :
istirehat
istirahat
Nyatakan jenis ayat di bawah :
Makan nasi itu saya.
Ayat songsang.
Segala-gala yang dikehendaki telah diperoleh.
dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.
Gajah lalu titi, titi patah. Selepas itu kambing pula lalu -----. Apa yang patah pula ?
patah balik
Pencipta bendera Malaysia.
Mohamed bin Hamzah
Kata ganti nama orang ketiga bagi raja atau sultan.
Baginda
Nyatakan jenis ayat di bawah :
Buku yang tebal itu saya baca dalam masa dua hari.
Ayat pasif.
Sangat sedih atau kecewa.
Bagai kaca terhempas ke batu.
Permainan yang paling berat sekali.
Catur (kerana pelu bawa raja, permaisuri, kuda dan sebagainya.)
Maksud warna biru pada jalur gemilang.
perpaduan
Kata yang sinonim dengan "enak".
sedap, lazat
Nyatakan jenis ayat di bawah :
Saya sudah memiliki kereta baru.
Ayat penyata
Perkhabaran tentang sesuatu cerita yang dilebih-lebihkan.
Indah khabar daripada rupa.
Burung apa yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tidak boleh duduk.
penguin
Sungai terpanjang di Asia Tenggara.
Sungai Mekong
Nama lain bagi "kolek".
sampan kecil, perahu
Nyatakan jenis ayat di bawah :
Kita akan pergi ke sana bila?
Ayat tanya
Orang yang pulang ke tempat asal.
Bagai ikan pulang ke lubuk.
Makanan apa yang asalnya jauh dari negeri Perak.
Buah Melaka.