Bab 2: Respirasi
Bab 3: Pengangkutan
Bab 5: Termokimia
Bab 7: Tenaga & Kuasa
100

Nyatakan carta alir laluan udara semasa menarik nafas:

Trakea --> x --> y --> Alveolus

x: Bronkus

y: Bronkiol

100

Banding bezakan sistem peredaran pulmonari dan sistem peredaran sistemik

Persamaan: Kedua-duanya termasuk dalam sistem peredaran darah ganda dua pada manusia dan mamalia

Perbezaan:

Sistem peredaran pulmonari mengalirkan darah antara jantung dan peparu manakala sistemik mengalirkan darah antara jantung dan seluruh tisu badan.



100

Berikan maksud tindak balas eksotermik dan endotermik

Eksotermik: Tindak balas kimia yang membebaskan haba ke persekitaran

Endotermik: Tindak balas kimia yang menyerap haba ke persekitaran

100

Aida menolak suatu dinding dengan daya sebanyak 250N selama 10s. Dinding tersebut tidak bergerak. Berapakah nilai kerja yang dilakukan oleh Aida?

w = Fs 

    = 0J

200

Terangkan proses yang berlaku kepada sangkar rusuk dan diafragma semasa menghembus nafas

1. Otot interkostal mengendur dan menarik sangkar rusuk bergerak ke bawah

2. Otot diafragma mengendur dan melengkung ke atas

200

Nyatakan carta alir laluan darah dari sel ke jantung dan kembali ke sel

Sel --> Kapilari --> Vena --> Vena Kava --> Atrium Kanan --> Injap Trikuspid --> Ventrikel Kanan --> Injap Sabit --> Arteri Pulmonari --> Peparu

Peparu --> Vena pulmonari --> Atrium Kiri --> Injap Bikuspid --> Ventrikel kiri --> Injap sabit --> Aorta --> Arteri --> Kapilari --> Sel

200

Kenalpasti tindak balas eksotermik dan endotermik:

1. Garam ammonium klorida dan air

2. Natrium hidroksida dan air

3. Asid hidroklorik dan natirum hidrogen karbonat 

1. endotermik

2. eksotermik

3. endotermik

200

Berapakah jumlah tenaga kinetik seekor kucing dengan jisim  4800g yang mengejar seekor tikus dengan kelajuan 4m/s?

Tenaga Kinetik = (1/2)(m)(v^2)

                            = (1/2)(4.8)(4^2)

                            = 38.4J

300

Nyatakan tiga adaptasi struktur alveolus yang meningkatkan kecekapan pertukaran gas dalam badan.

1. Dinding alveolus setebal satu sel sahaja

2. Dinding alveolus lembap

3. Bilangan alveolus yang berjuta menyediakan luas permukaan yang besar 

4. Alveolus diliputi oleh jaringan kapilari darah

300

Banding bezakan arteri dan vena

1. Persamaan: Kedua-duanya ialah salur yang membawa darah

2. Perbezaan:

Arteri berdinding tebal, tiada injap dan bersaiz lumen kecil manakala vena berdinding nipis, mempunyai injap dan bersaiz lumen besar.

Arteri mengangkut darah beroksigen dari jantung ke sel manakalan vena mengangkut darah terdeoksigen dari sel ke jantung.

300

Suhail menghembuskan nafas ke telapak tangan. Dia merasai perbezaan suhu persekitaran dengan telapak tangannya. Terangkan proses dan jenis tindak balas termokimia yang berlaku.

Proses yang berlaku ialah respirasi. Respirasi membebaskan tenaga haba ke persekitaran. Hal itu menyebabkan Suhail merasai suhu yang lebih tinggi apabila udara dihembus. Tindak balas ini adalah tindak balas eksotermik.

300

Seorang atlet mempunyai jisim 50kg melepasi palang setinggi 5m dari paras tanah. Berapakah jumlah maksimum tenaga kinetik atlet sebelum jatuh ke atas tilam?

Tenaga kinetik maksimum = Tenaga keupayaan graviti max

                                                = mgh

                                                 = 50 x 10 x 5

                                                 = 2500J

400

Terangkan sistem respirasi serangga

1. Sistem respirasi serangga ialah sistem trakea

2. Udara masuk dan keluar dari trakea melalui spirakel. Bukaan spirakel dikawal oleh injap.

3. Trakea terbahagi kepada trakeol yang banyak serta berdinding nipis dan lembap.

4. Kantung udara meningkatkan kecekapan pertukaran gas semasa aktiviti cergas.

400

Terangkan empat faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi tumbuhan

1. Suhu - Semakin bertambah suhu, semakin bertambah kadar transpirasi

2. Keamatan cahaya - Semakin bertambah keamatan cahaya, semakin bertambah kadar transpirasi

3. Pergerakan udara - Semakin bertambah pergerakan udara, semakin bertambah kadar transpirasi

4. Bilangan stoma - Semakin bertambah bilangan stoma, semakin bertambah kadar transpirasi

5. Kelembapan udara - Semakin bertambah kelembapan udara, semakin berkurang kadar transpirasi


400

Maya mengalami demam panas. Ibunya telah meletakkan gel sejuk di dahinya. Apabila sedar daripada tidur, dia mendapati gel tersebut telah kering. 

Terangkan bagaimana gel tersebut berfungsi berdasarkan konsep termokimia.

Gel berfungsi menyerap haba daripada persekitaran melalui tindak balas endotermik. Hal ini dapat menurunkan suhu badan Maya.

400

Bola yang berjisim 1.6kg mempunyai 80J tenaga kinetik. Berapakah halaju bola tersebut bergerak?

Tenaga Kinetik = 80J

(1/2)(m)(v^2) = 80

(1/2)(1.6)(v^2) = 80

v = 10m/s

500

Terangkan proses osmosis di dalam sel pengawal

1. Apabila terdapat cahaya matahari, sel pengawal berfotosintesis menghasilkan glukosa.

2. Kepekatan glukosa dalam sel pengawal meningkat menyebabkan air meresap masuk ke dalam sel pengawal secara osmosis.

3. Sel pengawal menjadi segah dan membengkok.

4. Apabila malam/hari panas, air meresap keluar dari sel pengawal secara osmosis menyebabkan sel pengawal menjadi flasid dan lurus.

500

Berikan tiga kepentingan transpirasi kepada tumbuhan

1. Air berlebihan dalam tumbuhan dapat dilepaskan ke udara

2. Haba pendam tumbuhan dapat dilepaskan semasa air menyejat

3. Tarikan transpirasi menarik lebih banyak air dan garam mineral ke dalam tumbuhan

500

Anda diberi satu beg plastik besar, satu beg plastik kecil, air dan natrium asetat.

Reka sebuah pek panas dengan menggunakan semua bahan tersebut.

1. Beg plastik besar diisi dengan air.

2. Beg plastik kecil diisi dengan natrium asetat dan diletakkan di dalam beg plastik besar.

3. Apabila plastik kecil ditekan, natrium asetat dan air akan bertindak balas secara eksotermik.

4. Haba dibebaskan ke persekitaran dan pek menjadi panas.

500

Sebiji bola berjisim 0.2kg ditempatkan pada suatu spring yang dimampatkan oleh daya, F. Apabila spring itu dilepaskan, bola itu naik setinggi 40cm. Jika spring dimampatkan sebanyak 4cm, berapakah nilai F? 

Tenaga kinetik = (1/2)m(v^2)

10m/s

M
e
n
u