Bahan yang membina struktur rangka dalam terdiri daripada ________?
Tulang atau rawan.
Proses penanggalan kulit bagi haiwan rangka luar dipanggil .......?
Ekdisis
Pergerakan cacing tanah dibantu oleh _____ dan _____.
Keta dan otot.
Sistem rangka manusia terdiri daripada 2 bahagian iaitu ______ dan _______.
Rangka paksi dan rangka apendaj.
Tulang berongga lebih _____ berbanding tulang padat.
Kuat
Nyatakan 3 fungsi rangka dalam.
1. Menyokong berat badan.
2. Melindungi organ dalaman.
3. Mengekalkan bentuk badan.
Graf lengkung pertumbuhan haiwan rangka luar berbentuk _____ dan mempunyai ___ peringkat.
berbentuk tangga
7 peringkat (telur, 5 peringkat nimfa, dewasa)
Otot-otot cacing bertindak secara ______ yang menghasilkan tekanan ___________.
Berantagonis/Berlawanan
Tekanan Hidrostatik.
Rangka paksi terdiri daripada _____?
Rangka apendaj terdiri daripada ______?
Rangka paksi = tengkorak, turus vertebra, sternum dan tulang rusuk.
Rangka apendaj = lengkungan pektoral, tulang tangan, lengkungan pelvis dan tulang kaki.
Objek dengan ______ yang tinggi ______ stabil berbanding objek yang mempunyai pusat graviti yang rendah.
Tulang sternum yang pipih dan luas sebagai tempat _______ otot burung untuk penerbangan.
Perlekatan
Nyatakan perbezaan lengkung pertumbuhan bagi tikus dan lengkuang pertumbuhan bagi belalang.
Lengkung pertumbuhan tikus = sigmoid
Lengkung pertumbuhan belalang = tangga
Apabila otot membujur mengecut dan mengendur, segmen-segmen pada bahagian cacing akan ______ dan ______.
memendek, menebal
Rusuk manusia dibentuk daripada 12 pasang tulang rusuk. Nyatakan berapa tulang rusuk dan cara ia bersambung.
7 = bersendi dengan sternum secara terus
3 = bersambung secara tidak langsung oleh rawan.
2 = tergantung bebas.
Zirafah _____ ketika minum untuk merendahkan _________.
Kanggaru menggunakan ____ sebagai tongkat untuk menambahkan ______.
mengangkang, pusat graviti.
ekor, luas tapak.
Tulang belakang haiwan darat yang berkaki empat seperti unta dan kuda melengkuang ke atau atau ke bawah. Terangkan mengapa?
Untuk memberikan sokongan yang lebih kuat kepada otot-otot yang melekat dengan tulang belakang.
Apakah maksud peringkat pertumbuhan bagi bahagian melintang? Nyatakan sebab.
Fasa Instar, peringkat pertumbuhan sifar kerana pertumbuhan dihalang oleh rangka luar yang keras
Nyatakan fungsi keta ketika cacing bergerak.
Keta akan mencengkam atau melepaskan cengkaman tanah untuk membenarkan cacing bergerak ke hadapan.
Bayi ketika dilahirkan mempunyai 275 tulang manakala orang dewasa mempunyai 206 tulang. Mengapa?
Tulang akan melebur dan bercantum.
Terangkan sebab kereta Formula 1direka lebih rendah daripada kereta biasa?
Supaya lebih ringan, laju dan stabil.