Berapa rakaat solat Jumaat?
Dua rakaat.
Apakah hukum solat Jumaat bagi lelaki Muslim?
Wajib
Surah apa dalam Al-Quran yang menyebut tentang solat Jumaat?
Surah Al-Jumu'ah.
Adakah solat Jumaat wajib bagi kanak-kanak?
Tidak, kanak-kanak belum diwajibkan solat Jumaat.
Apakah maksud solat Jumaat?
Solat 2 rakaat secara berjemaah pada hari Jumaat dalam waktu zohor yang didahului oleh dua khutbah beserta dengan rukun dan syarat tertentu, solat ini menggantikan solat zohor.
Adakah wanita diwajibkan solat Jumaat?
Tidak, solat Jumaat tidak wajib bagi wanita.
Apakah ayat dalam Surah Al-Jumu'ah yang mewajibkan solat Jumaat?
Ayat 9.
Apakah syarat wajib solat Jumaat bagi seorang lelaki Muslim?
Baligh, berakal, lelaki, bermukim, sihat, dan tidak uzur syar'i.
Apakah dua komponen utama dalam solat Jumaat?
Dua khutbah dan dua rakaat solat.
Apakah kesan meninggalkan solat Jumaat tanpa uzur sebanyak tiga kali berturut-turut?
Dipandang sebagai perbuatan dosa besar.
Dalam hadis, siapa yang diharuskan meninggalkan solat Jumaat?
Hamba sahaya, wanita, anak-anak, dan orang sakit.
Adakah solat Jumaat wajib bagi orang yang sakit?
Tidak, solat Jumaat tidak wajib bagi orang yang sakit.