Apakah 2 jenis kata pemeri?
Ialah
Adalah
Nyatakan subjek dan predikat:
Ayah saya berjalan ke kebunnya yang terletak di Padang Polo.
Subjek: Ayah saya
Predikat: berjalan ke kebunnya yang terletak di Padang Polo.
Berikan penterjemahan untuk perkataan ini dalam bahasa inggeris:USAHAWAN
Entrepreneur
Nyatakan peribahasa yang sesuai:
Saling membantu
Bagai aur dengan tebing
Cari kesalahan ejaan:
Progrem ini akan diadakan di Pulau Pinang pada setiap hujung minggu.
Progrem = Program
Senaraikan kata adjektif:
Pelajar sekolah yang berbadan tegap itu sedang beratur untuk membeli kek lapis yang lazat. Kek lapis itu dijual oleh kawan kakak saya yang jelita dan dia seorang yang cerdik.
tegap
lazat
jelita
cerdik
Nyatakan pola ayat dasar:
Lelaki yang sedang melukis gambar kartun itu kartunis terkenal.
FN+FN
Berikan penterjemahan untuk perkataan ini dalam bahasa inggeris: TAMSIL
Example
Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat condong.
Pasangan yang sepadan itu telah lama berada di luar negara tetapi kini memilih untuk menetap di Malaysia
Bagai cincin dengan permata.
Cari kesalahan bahasa:
Terima kasih doktor di atas penerangan tentang gaya hidup sihat itu.
di atas=atas
Lengkapkan ayat ini:
Besi lebih kuat____kayu.
A.dari
B.daripada
Nyatakan subjek, predikat dan pola ayat:
Jika saya berjaya, saya akan melanjutkan pelajaran dalam bidang komputer.
Subjek: Saya
Predikat: akan melanjutkan pelajaran dalam bidang komputer jika saya berjaya.
FN + FK
Berikan penterjemahan untuk perkataan ini dalam bahasa inggeris:NASIB
Fate
Apakah maksud peribahasa ini?
bagaimana acuan begitulah kuihnya
Perangai anak biasanya mengikut pengasuhnya.
Cari kesalahan bahasa:
Usaha memperbesarkan lebuh raya itu dimulakan oleh Ahmad Najib.
memperbesarkan=memperbesar
Senaraikan kata nama dan kata seru:
Jonny sayang akan kucingnya Muffin. Muffin berwarna putih dan suka makan ikan yang segar. Kawan Jonny melawatnya, "Hai, Jonny. Kucing kamu sangat comel!"
Jonny
Kucing
Muffin
Ikan
Kawan
Hai
Gabungkan ayat-ayat ini:
Razi sedang menonton televisyen.
Kakaknya Rahimah masih meneliti bukunya.
Kakaknya Rahimah belajar di Tingkatan 5.
Razi sedang menonton televisyen manakala kakaknya Rahimah yang belajar di Tingkatan 5 masih meneliti bukunya.
Berikan penterjemahan untuk perkataan ini dalam bahasa inggeris: PENGANJUR / PENGELOLA
Organiser
Apakah maksud peribahasa ini?
di mana ada kemahuan di situ ada jalan
Sekiranya seseorang itu bersungguh-sungguh dalam mengusahakan sesuatu atau berusaha sehabis baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah, pasti akan mampu melaksanakannya.
Cari kesalahan bahasa:
Perkara yang turut menjadi kebimbangan ibu bapa dalam isu ini adalah kecenderungan pelajar terjebak dalam gejala sosial.
adalah = ialah
Senaraikan kata tugas:
Ramli dan Raju duduk di beranda rumah sambil merenung jauh ke sawah. "Aduhai, sudah menguning padi kita!" kata Raju perlahan.
dan
sambil
aduhai
Nyatakan 4 jenis ayat.
Ayat penyata , ayat tanya, ayat seruan, ayat perintah
Berikan penterjemahan untuk perkataan ini dalam bahasa inggeris: MENGHINDARI
Avoid
Nyatakan peribahasa yang sesuai:
Kemenangannya yang amat bermakna ini merupakan hasil usaha beliau yang selama ini tidak mengenal erti putus asa.
usaha tangga kejayaan / kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Cari kesalahan ejaan:
Rosmah tidak suka rambut kerintingnya sejak kecil lagi.
kerintingya=keritingya