Konsep
Sebab Mengharuskan
Syarat Sah
Perkara Membatalkan
Kepentingan
100

Apakah erti tayamum?

Menyapu debu tanah yang suci ke muka serta kedua-dua tangan hingga ke siku dengan niat dan syarat-syarat tertentu.

100

Berikan contoh sebab yang mengharuskan tayamum.

Tiada air setelah berusaha mencarinya.

Ada air tetapi hanya mencukupi diri dan ternakan.

Jarak tempat ada air terlalu jauh.

Terhalang daripada menggunakan air sebab sakit.

Cuaca terlalu sejuk hingga memudaratkan.

100

Umar hendak bersedia untuk solat sebelum azan, tetapi tidak menemui air. Adakah Umar boleh tayamum?

Tidak boleh kerana syaratnya mesti mencari air setelah masuk waktu solat.

100

Adakah murtad membatalkan tayamum?

Ya!

100

Mengapakah Allah memberikan keringanan tayamum?

Memberi kemudahan kepada umat Islam untuk menggantikan wudhu' dan mandi wajib dalam keadaan tertentu.

200

Bolehkah tayamum menggunakan pasir?

Tidak boleh.

200

Adakah boleh bertayamum sekiranya kaki Ahmad berbalut simen?

Boleh kerana anggota wudhu' tidak boleh terkena air.

200

1 tayamum boleh digunakan untuk berapa waktu solat?

1 tayamum sah untuk 1 solat fardhu sahaja, tetapi boleh digunakan untuk beberapa solat sunat.

200

Sebutkan 2 perkara yang membatalkan tayamum.

Melakukan semua perkara yang membatalkan wudhu.

Ada air selepas bertayamum sebelum solat.

Sembuh daripada sakit dan boleh menggunakan air.

Telah luput waktu solat.

Murtad.

200

Sebutkan kepentingan lain tayamum.

Menghilangkan kesulitan.

Menyucikan jiwa manusia.

Memastikan umat Islam tidak meninggalkan kewajipan.

Mana-mana jawapan yang sesuai.

300

Adakah tayamum boleh menggantikan mandi wajib?

Boleh, tayamum digunakan untuk mengangkat hadas kecil dan besar dalam keadaan tertentu.

300

Adakah diharuskan tayamum sepanjang musim sejuk?

Tidak, hanya ketika cuaca melampau sehingga memudaratkan.

300

Baju Amira terkena darah semasa mencabut gigi. Adakah sah tayamum Amira?

Tidak sah, Amira mesti menghilangkan najis terlebih dahulu.

300

Izzul terkentut selepas bertayamum. Adakah Izzul boleh menunaikan solat?

Tidak boleh kerana tayamum Izzul batal. Semua perkara yang membatalkan wudhu akan membatalkan tayamum.

300

Bagaimanakah tayamum boleh menyucikan jiwa manusia?

Tayamum menyucikan jiwa manusia kerana ditunaikan sebagai ketaatan kepada Allah dan diniatkan sebagai ibadah.

M
e
n
u