Manusia Zaman Logam menggunakan teknologi daripada gangsa dan besi. Betul / Salah
Betul
Lokasi dan tapak Zaman Prasejarah diiktiraf oleh...
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations of Educational, Scientific and Cultural Organisation - UNESCO)
Masyarakat Zaman Paleolitik hidup secara...
a) Berkelompok kecil yang terdiri daripada beberapa keluarga
b) Nomad
( Pilih salah satu jawapan)
Aktiviti pertanian menjadi __________ kepada manusia sehingga membolehkan mereka tinggal secara menetap.
sumber makanan penting
Apakah contoh peralatan untuk memburu binatang?
Sumpit, Pedang, Parang, Keris dll
( Jawapan bersesuaian diterima)
Nyatakan tiga tahap Zaman Batu.
a) Zaman Paleolitik
b) Zaman Mesolitik
c) Zaman Neolitik
Di manakah terletaknya lokasi prasejarah?
a) Lembah sungai
b) Dalam gua
Masyarakat zaman manakah yang sudah pandai menjalankan perniagaan secara barter?
Masyarakat Zaman Neolitik
Pihak manakah yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen memburu?
Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
Di manakah lokasi Zaman Paleolitik?
a) Tingkayu, Sabah
b) Gua Niah, Sarawak
c) Kota Tampan, Perak
d) Lembah Mansuli, Sabah
Apakah maksud Zaman Prasejarah?
Zaman sebelum manusia mengetahui dan mengenal tulisan.
Di manakah penemuan rangka manusia ditemui?
Zhoukoudian, China
Apakah ciri-ciri peralatan Zaman Paleolitik:-
Peralatan batu ringkas, pembuatannya dan dalam bentuk sedia ada.
Apakah jenis tanaman yang ditanam oleh masyarakat Zaman Prasejarah?
a) Gandum
b) Barli
Di manakah lokasi manik ditemui?
a) Kuala Selingsing, Perak
b) Lembah Bernam, Selangor
Tempoh masa Zaman Logam ialah...
3500-500M
Selain Zhoukodian, di manakah lokasi Zaman Prasejarah di Dunia? Nyatakan empat (4) daripadanya.
a) Gua Chauvet, Perancis
b) Stonehenge, Britain
c) Bhimbetka, India
d) Altamira, Sepanyol
e) Catal Huyuk, Turki
f) Gobekli Tepe, Turki
g) Shahr-i-Sokhta, Iran
Apakah perbezaan Organisasi Sosial antara Zaman Mesolitik dan Zaman Neolitik?
Zaman Mesolitik:-
a) Hidup dalam kelompok kecil
b) Hidup secara nomad
c) Belum wujud Organisasi Sosial yang tersusun
Zaman Neolitik:-
a) Hidup menetap
b) Membentuk sistem sosial yang lebih baik
c) Ketua dipilih daripada kalangan mereka
d) Permulaan pembahagian dalam sosial kepada kelas atasan (pemimpin) dan kelas bawahan.
a) Gua Cha, Kelantan: Kepala mayat diletakkan di atas 'bantal' batu
b) Sabah: Sesetengah masyarakat memasukkan mayat ke dalam keranda kayu dan disimpan di dalam gua batu kapur
Di manakah pengebumian dalam tempayan ditemui?
Sabah, Sarawak dan Kampung Limbongan, Terengganu
Nyatakan kepentingan memahami Zaman Prasejarah.
Dapat mengetahui dan menghargai kehidupan kita.
(Jawapan yang bersesuaian)
Fungsi lokasi dan tapak prasejarah terbahagi kepada tapak:
a) Petempatan
b) Perkuburan
c) Bandar
d) Perburuan
e) Pembuatan alat besi
Kesenian manusia Zaman Neolitik:-
a) Lukisan gua
b) Corak pada permukaan tembikar
c) Pola Geometri yang dikenali sebagai simbolisme
Apakah antara aktiviti masyarakat Zaman Prasejarah yang masih diteruskan pada hari ini?
a) Aktiviti pertanian
b) Memburu binatang
c) Menternak binatang
d) Pembuatan peralatan
e) Pembuatan tembikar
f) Ideofak
g) Monumen dan seni bina
Nyatakan aspek ekonomi pada Zaman Logam.
a) Menjalankan perdagangan
b) Barang jualan ialah loceng gangsa