SISTEM & PROSES MANUSIA
DAYA DAN TEKANAN
TENAGA DAN GELOMBANG
BAHAN DAN KIMIA
BUMI DAN ANGKASA LEPAS
10

Apakah organ utama dalam sistem pernafasan manusia?

Paru - paru

10

Apakah unit SI bagi daya?

Newton (N)

10

Nyatakan dua bentuk tenaga.

Tenaga kinetik dan tenaga keupayaan

10

Apakah tiga keadaan jirim?

Pepejal, cecair, gas

10

Apakah nama planet ketiga dari Matahari?

Bumi

20

Apakah gas yang diserap semasa proses pernafasan dan gas yang disingkirkan?

Oksigen diserap, karbon dioksida disingkirkan

20

Apakah maksud tekanan?

Daya yang bertindak ke atas satu unit luas permukaan

20

Apakah hukum keabadian tenaga?

Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan, hanya boleh ditukar bentuk

20

Nyatakan satu perbezaan antara bahan homogen dan bukan homogen.

Homogen – seragam; bukan homogen – tidak seragam

20

Apakah fungsi satelit buatan?

Mengumpul data, komunikasi, cuaca, GPS

30

Nyatakan dua bahagian sistem peredaran darah manusia.

Peredaran darah sistemik dan pulmonari

30

Mengapa ski air direka bentuk dengan permukaan yang lebar?

Untuk mengurangkan tekanan supaya tidak tenggelam

30

Apakah perbezaan antara gelombang membujur dan melintang?

Gelombang membujur bergetar selari dengan arah perambatan, gelombang melintang bergetar serenjang

30

Apakah maksud tindak balas kimia?

Proses pembentukan bahan baru dengan sifat berbeza

30

Apakah yang menyebabkan fasa-fasa bulan?

Perubahan kedudukan Bulan berbanding Bumi dan Matahari

40

Terangkan bagaimana oksigen dipindahkan dari paru-paru ke seluruh badan.

Melalui hemoglobin dalam sel darah merah yang mengikat oksigen dan mengangkutnya melalui salur darah

40

Nyatakan hukum pertama Newton.

Objek kekal pegun atau bergerak dengan halaju tetap jika tiada daya luar bertindak ke atasnya

40

Apakah maksud pantulan bunyi?

Bunyi dipantulkan semula dari permukaan keras

40

Apakah maksud penyejatan?

Proses pertukaran zarah cecair kepada gas di permukaan pada sebarang suhu

40

Terangkan bagaimana ribut suria boleh menjejaskan Bumi.

Gangguan komunikasi, navigasi dan bekalan elektrik

50

Mengapa perokok sering mengalami kesukaran bernafas?

Asap rokok merosakkan alveolus dan mengurangkan luas permukaan untuk pertukaran gas

50

Jika daya 100 N bertindak ke atas kawasan 2m², berapakah tekanan yang dihasilkan?

50 Pa

50

Mengapa bunyi tidak dapat bergerak dalam ruang angkasa?

Tiada medium untuk perambatan zarah

50

Apakah jenis perubahan apabila ais mencair menjadi air? Terangkan.

Perubahan fizik – tiada bahan baru terbentuk, hanya perubahan keadaan jirim

50

Nyatakan perbezaan antara satelit semula jadi dan satelit buatan.

Semula jadi terbentuk secara semula jadi (contoh: Bulan), buatan dibuat oleh manusia untuk tujuan tertentu