Siapakah bapa pengasas pergerakan palang merah
Henry Dunant
Apakah maksud akronim CPR?
Cardiopulmonary Resuscitation (Resusitasi Kardiopulmonari)
Berdasarkan etika pemakaian, apakah jenis aksesori yang dibenarkan dipakai semasa memakai pakaian seragam BSMM?
Hanya jam tangan dan cincin perkahwinan dibenarkan
Apakah 3 lambang rasmi yang diiktiraf dan dilindungi di bawah Konvensyen Geneva?
Palang Merah, Bulan Sabit Merah, dan Kristal Merah.
Apakah nama saluran darah yang membawa darah beroksigen keluar dari jantung ke seluruh bahagian badan, dan nyatakan dua (2) ciri utama saluran darah tersebut?
Arteri
tekanan yang kuat
dinding yang tebal
Lubang(lumen) yang kecil
Di manakah pertempuran yang mencetuskan idea penubuhan Palang Merah berlaku?
Solferino, Itali
Berapakah nisbah tekanan dada kepada hembusan nafas untuk CPR dewasa?
30 tekanan, 2 hembusan
Apakah tajuk khusus lagu BSMM
Lagu Bulan Sabit Merah (ditukar daripada 'Lagu Palang Merah' pada tahun 1975)
Berapakah bilangan Konvensyen Geneva (Geneva Conventions) utama yang telah ditandatangani pada tahun 1949?
Empat Konvensyen Geneva
Apakah jenis renjatan yang berlaku apabila seseorang kehilangan sejumlah besar darah atau cecair badan akibat kecederaan?
Apakah tajuk buku yang ditulis oleh Henry Dunant yang membawa kepada penubuhan jawatankuasa ini?
A memory of Solferino (Kenangan di Solferino)
apakah prinsip "RICE" yang perlu dilakukan sebagai rawatan awal, dan terangkan setiap satu maksud bagi huruf tersebut
R (Rest): Rehatkan mangsa. Jangan gerakkan bahagian yang cedera.
I (Ice): Tuam sejuk (ais) pada bahagian yang cedera untuk mengecilkan salur darah dan mengurangkan bengkak.
C (Compression): Balut dengan kemas menggunakan kain pembalut (crepe bandage) untuk memberi tekanan pada bahagian bengkak.
E (Elevation): Tinggikan bahagian yang cedera melebihi paras jantung untuk membantu pengaliran darah balik dan mengurangkan bengkak.
Sebutkan mana-mana 4 daripada 7 Prinsip Asas pergerakan ini.
Kemanusiaan, Kesaksamaan, Keberkecualian, Kebebasan, Khidmat Sukarela, Ketunggalan(Bersatu), Kesejagatan.
Konvensyen Geneva Keempat (IV) tahun 1949 pula ditandatangani bagi melindungi golongan mana?
Orang awam atau Civilian Persons pada waktu peperangan
Nyatakan perbezaan antara Renjatan Kardiogenik dan Renjatan Anafilaktik.
Kardiogenik: Berpunca daripada kegagalan jantung mengepam darah. Anafilaktik: Berpunca daripada reaksi alahan (alergi) yang sangat teruk.