satu set DNA lengkap bagi sesuatu organisma yang merangkumi kesemua gen organisma tersebut
Genom
2 organisasi yang berkaitan dengan bioteknologi di Malaysia
FRIM, MPOC, MARDI, MRB, Agensi Nuklear Malaysia, MTDC
Haiwan pertama yang diklonkan
Dolly
Jumlah bab biologi tingkatan 5 ?
13
2 sumbangan bioteknologi dalam kehidupan
jawapan yang sesuai dari mana-mana 4 bidang : pertanian, perubatan, forensik, alam sekitar
organisma yang mengandungi DNA rekombinan
Organisma transgenik
3 ciri makanan terubah suai genetik (GMF)
rintang terhadap herbisid, rintang terhadap penyakit, kegunaan dalam bidang perubatan, toleransi terhadap logam berat, rintang terhadap seranga serangga
kaedah untuk membersihkan bahan cemar dengan menggunakan bakteria
Bioremediasi
Siapakah Bapa Genetik ?
Gregor Mendel
1 kebaikan dan 1 keburukan GMF
mana-mana yang sesuai dari jawapan buku teks
Teknik forensik yang digunakan untuk mengenalpasti individu berdasarkan DNA
Pemprofilan DNA
3 hasil rawatan/ubat dari teknik kejuruteraan genetik
hormon insulin, vaksin hepatitis B, faktor pembekuan darah, hormon pertumbuhan
enzim yang memotong DNA kepada fragmen DNA yang berlainan saiz
Enzim pembatasan
Namakan teknik yang memanipulasi gen untuk mengubah suai genetik sesuatu organisma bagi membentuk kombinasi gen yang baharu
Kejuruteraan Genetik
Langkah-langkah asas dalam terapi gen
1. sel yang mempunyai gen abnormal dikenalpasti
2. masukkan gen normal untuk gantikan gen abnormal menggunakan virus
3. sel akan berfungsi secara normal
Teknologi yang digunakan untuk menyunting genom semasa terapi gen
CRISPR , Clustered Regularly Interspaced Short Palindromic Repeats
4 aktiviti/aspek bioteknologi yang dibezakan mengikut warna tertentu
industri berasaskan mikroorganisma, perubatan & kesihatan manusia, bioteknologi marin, bioteknologi alam sekitar, undang2 etika & falsafah, makanan & pemakanan, perang biologi, bioinformatik & sains komputer, bioteknologi gurun & kawasan kering, proses meningkatkan hasil pertanian
Protein dalam susu yang menyebabkan alergi kepada kanak-kanak
beta lactoglobulin
2 aplikasi kejuruteraan genetik
GMO, GMF, insulin
Bagaimana proses pembersihan tumpahan minyak dijalankan?
Kaedah bioremediasi. Molekul minyak ditulenkan dan diuraikan oleh bakteria. Bakteria (Alcanivorax borkumensis) bergantung kepada minyak untuk mendapatkan tenaga.
DNA bakteria yang disisipkan dengan fragmen DNA lain untuk digunakan sebagai vektor pengklonan
Plasmid rekombinan
4 kegunaan pemprofilan DNA
mengenalpasti jenayah, selasaikan pertikaian identiti ibu bapa sebenar, kesan penyakit genetik, menguji keserasian penderma organ dengan penerima
bakteria yang digunakan untuk mensintesis insulin
Escherichia coli / E.coli
4 aplikasi bioteknologi
terapi gen, tumbuhan bertoleransi haiwan perosak, pemprofilan DNA, pembersihan tumpahan minyak
Langkah-langkah dalam Pemprofilan DNA
1.sampel tisu/sel diambil
2.DNA diekstrak daripada sampel
3.enzim pembatasan potong DNA kepada fragmen berbeza saiz
4.pemisahan fragmen melalui elektroforesis gel
5.fragmen DNA dipindahkan daripada gel ke membran nilon
6.prob radioaktif ditambah & xray diletakkan
7.jalur DNA terbentuk dari filem xray