ELEMEN 3R
KEPENTINGAN KITAR SEMULA
AMALAN 3R DI MALAYSIA
PENGASINGAN SISA DI PUNCA & PROGRAM KHAS
INFO & FAKTA RANGSANGAN
100

Apakah amalan mengurangkan sisa pepejal untuk meminimumkan penggunaan sumber semula jadi?

Reduce

100

Bagaimanakah amalan kitar semula sisa makanan boleh membantu menjana pendapatan?

A. Menjual sisa makanan kepada kilang plastik

B. Menghasilkan baja kompos daripada sisa makanan untuk dijual

C. Membuang sisa makanan ke dalam sungai

B. Menghasilkan baja kompos daripada sisa makanan untuk dijual

100

Akta manakah yang mendasari pelaksanaan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di Malaysia?

A. Akta 672 (Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007)

B. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

C. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974


A. Akta 672 (Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007)

100

Bilakah Hari Kitar Semula Kebangsaan disambut di Malaysia pada setiap tahun?

A. 16 September

B. 11 November

C. 31 Ogos

B. 11 November

100

Berapakah anggaran jumlah sisa pepejal yang dihasilkan di Malaysia sehari mengikut statistik SWCorp (2017)?

A. 10,000 tan sehari

B. 37,000 tan sehari

C. 100,000 tan sehari

B. 37,000 tan sehari

200

Apakah tindakan menggunakan semula barangan secara berulang kali untuk mengelakkan pembaziran?

Reuse

200

Antara berikut, yang manakah kesan amalan kitar semula kepada persekitaran tempat tinggal?

A. Suhu persekitaran bertambah panas

B. Mewujudkan persekitaran yang sihat, bersih, dan selesa

C. Meningkatkan bau busuk di kawasan perumahan

B. Mewujudkan persekitaran yang sihat, bersih, dan selesa

200

Antara berikut, yang manakah merupakan contoh amalan Reduce (Kurangkan) di sekolah atau pejabat?

A. Menggunakan kedua-dua belah muka surat kertas semasa menulis

B. Membeli kertas baharu setiap hari

C. Membakar kertas terpakai di belakang kelas

A. Menggunakan kedua-dua belah muka surat kertas semasa menulis

200

Negeri manakah yang mula-mula melancarkan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada 6 Julai 2009?

Pulau Pinang

200

Berapakah bayaran yang dikenakan kepada pelanggan jika mahukan beg plastik di premis perniagaan dalam kempen Hari Tanpa Beg Plastik?

RM0.20

300

Apakah amalan mengasingkan barangan mengikut jenis untuk menghasilkan produk baharu?

Recycle

300

Amalan kitar semula dapat membantu mengurangkan pelepasan gas yang menyebabkan isu alam sekitar. Gas apakah yang dimaksudkan?

A. Gas Rumah Hijau

B. Gas Oksigen

C. Gas Helium

A. Gas Rumah Hijau

300

Tindakan manakah yang menunjukkkan amalan Reuse (Guna Semula) semasa membeli makanan bungkus?

A. Meminta 3 beg plastik tambahan

B. Membawa bekas makanan sendiri

C. Menggunakan bekas polistirena pakai buang

B. Membawa bekas makanan sendiri

300

Menurut Pengasingan Sisa di Punca, sisa dapur, makanan, dan lampin pakai buang dikategorikan sebagai apa?

A. Sisa Kitar Semula

B. Sisa Baki

C. Sisa Pukal

B. Sisa Baki

300

Surat khabar lama boleh dikitar semula (Recycle) untuk dijadikan barangan kraf tangan seperti...

A. Pakaian dan kasut

B. Bakul atau hiasan menarik

C. Botol minuman

B. Bakul atau hiasan menarik

400

Apakah maksud bagi tindakan "memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi menghasilkan keluaran baharu"?

A. Pembersihan Awam

B. Kitar Semula

C. Pelupusan Sampah

B. Kitar Semula

400

Apakah faedah mengurangkan, mengguna semula, dan mengitar semula bahan berbanding mengekstrak bahan mentah baharu?

A. Menjimatkan sumber semula jadi

B. Menambah bilangan kilang proses

C. Mempercepatkan kepupusan hutan

A. Menjimatkan sumber semula jadi

400

Apakah bahan terpakai yang boleh dikitar semula (Recycle) untuk dijadikan pasu tanaman kreatif?

A. Surat khabar lama

B. Tayar terpakai

C. Tisu dapur

B. Tayar terpakai

400

Perabot lama dan barangan elektrik besar yang tidak digunakan lagi dikategorikan bawah sisa apa?

A. Sisa Kebun

B. Sisa Baki

C. Sisa Pukal

C. Sisa Pukal

400

Di manakah lokasi Butik 3R yang mengutip baju terpakai untuk dikitar semula demi membantu rumah anak yatim?

A. Presint 9, Putrajaya

B. KLCC, Kuala Lumpur

C. Bandar Ipoh, Perak

A. Presint 9, Putrajaya

500

Mengapakah pengasingan barangan mengikut jenis sisa sangat digalakkan dalam proses kitar semula?

A. Menjimatkan masa dan memudahkan proses kitar semula

B. Supaya sampah kelihatan lebih cantik dan kemas

C. Menambahkan saiz ruang tempat pelupusan sampah

A. Menjimatkan masa dan memudahkan proses kitar semula

500

Bagaimanakah pengurusan sisa pepejal yang sistematik dapat membantu alam sekitar?

A. Meningkatkan kandungan sisa bertoksin

B. Mengurangkan pencemaran alam sekitar

C. Membantu mempercepatkan proses kepupusan haiwan

B. Mengurangkan pencemaran alam sekitar

500

Apakah slogan atau tema yang digunakan bagi amalan kitar semula di Malaysia?

"Fikir Dahulu Sebelum Buang"

500

Berapakah kekerapan kutipan sisa bagi Sisa Baki di kawasan perumahan dalam seminggu?

A. 1 kali seminggu

B. 2 kali seminggu

C. Setiap hari

B. 2 kali seminggu

500

Antara berikut, yang manakah BUKAN alternatif (pengganti) mesra alam bagi beg plastik biasa?

A. Beg kain mesra alam

B. Beg polistirena

C. Plastik biodegradasi

B. Beg polistirena