BAB 7
BAB 8
BAB 9
200

Nyatakan 3 jenis respirasi sel

- Respirasi aerob

- Respirasi anaerob
- Fermentasi

200

Apakah sistem pernafasan serangga?

sistem trakea

200

Apakah maksud pencernaan?

 proses penguraian butiran makanan besar dan kompleks kepada butiran kecil yang ringkas dan terlarut supaya mudah diserap

400

Bagaimanakah molekul ATP terhasil?

 Molekul ATP terhasil apabila kumpulan fosfat tak organik ditambahkan kepada adenosina difosfat (ADP)
ADP + fosfat ----> ATP

400

Terdapat 3 cara pengankutan karbon dioksida dalam sistem peredaran darah.
Nyatakan 3 cara tersebut

- 70% diangkut dalam bentuk ion bikarbonat (HCO3-)
- 23% karbon dioksida bergabung dengan hemoglobin untuk membentuk karbaminohemoglobin
- 7% karbon dioksida terlarut diangkut sebagai asid karbonik (H2CO3)

400
Apakah fungsi air liur semasa perembesan air liur oleh kelenjar liur?

Air liur mengandungi enzim amilase air liur yang menghidrolisis kanji menjadi maltosa

600

Dimanakah berlakunya proses pengoksidaan piruvat?

Berlaku di dalam mitokondrion

600

Nyatakan persamaan mekanisme pernafasan dalam manusia dengan haiwan

- Manusia dan haiwan mempunyai struktur khas berotot untuk mengembang dan mengecutkan rongga pernafasan
- Mekanisme pernafasan melibatkan perubahan isi padu dan tekanan dalam rongga pernafasan

600
Pencernaan terdiri daripada dua bahagian iaitu pencernaan fizikal dan pencernaan kimia.

Terangkan pencernaan fizikal.

- pemecahan makanan secara mekanikal untuk membentuk butiran yang kecil
- melibatkan pengunyahan dan peristalsis

800

Nyatakan 2 jenis fermentasi dan nyatakan proses penguraian glukosanya

1. Fermentasi alkohol
- Glukosa ---> Etanol + CO2 + tenaga (210 kJ)

2. Fermentasi asid laktik
- Glukosa ---> Asid laktik + tenaga

800

Terangkan pengangkutan karbon dioksida dari sel badan ke kapilari tisu

- CO2 yang dibebaskan oleh sel badan berrpadu dengan air dalam eritrosit untuk membentuk asid karbonik (H2CO3)
- Enzim karbonik anhidrase dalam eritrosit memangkinkan tindak balas ini
- H2CO3 kemudiannya terurai kepada ion bikarbonat (HCO3-) dan ion hidrogen (H+)
- Kemudian HCO3- meresap ke dalam plasma darah dan diangkut ke peparu

800

Nyatakan ciri-ciri penyesuaian vilus untuk menyerap nutrien

- Lapisan epitelium vilus adalah setebal satu sel. Hal ini mempercepatkan penyerapan nutrien
- Sel goblet merembes mukus yang membantu pencernaan
- Jaringan kapilari darah memudahkan pengangkutan hasil pencernaan ke seluruh darah
- Lakteal mengangkut titisan asid lemak dan gliserol
- Kelenjar usus merembes jus usus yang mengandungi enzim pencernaan

1000

Terangkan fermentasi asid laktik terhadap sel otot manusia

- Proses ini dilakukan oleh sel otot ketika melakukan aktiviti cergas
- Ketika aktiviti cergas, kadar penggunaan oksigen melebihi kadar yang dibekalkan oleh sistem peredaran darah
- Otot berada dalam keadaan kekurangan oksigen dan dikatakan mengalami hutang oksigen
- Setelah aktiviti cergas berhenti, pengamblan oksigen berlebihan mengoksidakan asid laktik kepada karbon oksida, air dan tenaga. Apabila semua asid laktik sudah disingkirkan, hutang oksigen dikatakan telah dibayar.

1000

Terangkan apa yang berlaku kepada pesakit asma

- dinding bronkiol menjadi bengkak dan menebal
- bukaan tiub bronkiol menjadi kecil dan laluan udara menjadi sempit
- keadaan ini juga menyukarkan pernafasan dan menyebabkan pesakit sesak nafas

1000

Nyatakan fungsi hati dalam asimilasi makanan tercerna dan terangkan

1. Metabolisme makanan tercerna
- Glukosa digunakan untuk respirasi sel. Asid amino digunakan untuk sinstesis protein plasma dan enzim
- Melalui proses pendeaminaan, asid amino yang berlebihan ditukar menjadi urea untuk dikumuhkan melalui air kencing
2. Penyahtoksinan
- Sel hati menyingkirkan bahan yang toksik daripada darah
- Bahan toksik disingkirkan melalui air kencing
3. Penyimpanan nutrien
- Glukosa yang berlebihan ditukarkan kepada glikogen untuk disimpan