Berapakah jumlah gigi susu dan gigi kekal?
20 batang gigi susu dan 32 batang gigi kekal
Apakah kondisi yang dipanggil untuk gigi tertanggal akibat trauma?
Avulsi gigi
Terdapat tiga rawatan untuk gigi berlubang iaitu
- tampalan
- rawatan akar
- cabutan
Terangkan fungsi gigi selain makan dan pertuturan
untuk membantu pertumbuhan gigi kekal dan forensik odontologi
Apakah masalah yang selalu terjadi pada gigi bongsu?
gigi bongsu terimpak / impacted
Namakan rawatan penyakit gusi
Penskaleran
Sumber Fluorida
Air minuman & ubat gigi
Apakah punca halitosis/mulut berbau?
- karies gigi
- kalkulus/karang gigi
- kebersihan mulut yang teruk
- menghisap rokok/vape
- tabiat makan makanan yang berbau kuat seperti bawang
Rawatan gigi terimpak ialah
pembedahan kecil untuk membuang gigi graham bongsu
Bilakah bermula tahun Zaman Permulaan Pergigian di Tanah Melayu?
1869
Jelaskan cara bagaimana gigi berlubang / karies boleh terjadi
Gigi berlubang boleh terjadi apabila terdapat sisa makan berinteraksi dengan bakteria di dalam dan menyebabkan penghasilan asid. Asid yang terhasil mempunyai keupayaan untuk menghakis lapisan enamel gigi.
Berikan satu mitos tentang penskaleran gigi
“Penskaleran boleh menyebabkan gigi jarang”
Sebaliknya, ruang kelihatan selepas penskaleran kerana karang gigi telah dibuang.
Dimanakah asal usul Flourida
Colorado Springs, AS
Apakah yang akan terjadi jika rawatan whitening/pemutihan gigi dilakukan secara kerap?
Hipersensitiviti terhadap pengambilan makanan atau minuman yang terlalu panas atau sejuk disebabkan oleh hakisan lapisan luar oleh hydrogen peroksida yang terdapat dalam kit pemutihan gigi.
Terangkan prosedur yang mesti dilakukan apabila berlaku avulsi/gigi tertanggal
1. Bertenang dan terus mencari gigi yang tertanggal.
2. Pegang gigi hanya pada bahagian korona dan bersihkan kurang dari 10 saat di bawah air yang mengalir.
3. Cuba untuk masukkan gigi ke dalam soket semula dan gigit menggunakan tuala yang bersih.
4. Jika gigi tidak berjaya dimasukkan semula, gigi mestilah diletakkan di dalam bekas yang berisi susu, saline atau air liur pesakit.
5. Bawa gigi dengan segera ke klinik gigi berdekatan untuk mendapatkan rawatan kecemasan