ELEKTROKIMIA
PROSES ELEKROLISIS
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ELEKTROLISIS
APLIKASI ELEKTROLISIS
100

Elektrokimia merupakan kajian dalam bidang kimia tentang hubung kait antara fenomena_____________ dan ________

elektrik, kimia

100

Pernyataan manakah yang betul tentang elektrolisis?

A. Elektrod terdiri daripada kation dan anion

B. Leburan plumbum bromida merupakan elektrolit.

C. Glukosa adalah elektrod

D. Elektrolisis melibatkan perubahan tenaga kimia kepada tenaga elektrik

B. Leburan plumbum bromida merupakan elektrolit

200

Dalam ___________, tenaga kimia ditukarkan menjadi __________ dalam sel tersebut.

sel kimia, tenaga elektrik

200

Dalam sel _____________, tenaga elektrik ditukar menjadi tenaga kimia melalui proses __________.

Elektrolitik, elektrolisis

200

Objek besi biasanya disadurkan dengan logam yang lain. Apakah tujuan penyaduran?

A. Mengelakkan kakisan

B. Menjadikan objek lebih lembut

C. Mempercepatkan proses tindak balas

D. Mengurangkan kos penghasilan

A. Mengelakkan kakisan

300

Elektrolisis ialah proses _________ sesuatu sebatian dalam keadaan ________ atau__________ kepada unsur juzuknya apabila arus elektrik mengalir melaluinya.

Penguraian, Leburan, akues

300

Apakah tiga faktor yang mempengaruhi hasil elektrolisis?

Jenis elektrod

Kepekatan elektrolit

Kedudukan ion dalam siri elektrokimia

300

Berikan empat contoh aplikasi elektrolisis dalam industri

Pengestrakan logam

Penulenan logam

Penyaduran logam

Pengolahan air sisa dengan menggunakan elektro-penggumpalan

400

Bagi dua contoh elektrolit dan bukan elektrolit

Leburan plumbum (II) bromida

Leburan natrium klorida

Larutan natrium hidroksida

Larutan kuprum (II) sulfat


Naftalena

Asetamida

Larutan glukosa

Etanol

400

Antara yang berikut, yang manakah betul tentang penulenan kuprum melalui elektrolisis?

A. Ion kuprum (II) tertarik ke anod

B. Kuprum tidak tulen digunakan sebagai anod

C. Bendasing terkumpul pada katod

D. Katod melarut.

B. Kuprum tidak tulen digunakan sebagai anod.

500

Apakah yang berlaku semasa proses pengestrakan aluminium daripada bijih bauksit melalui proses elektrolisis?

A. Ion oksida menerima elektron

B. Ion aluminium menerima elektron

C. Ion aluminium tertarik ke anod

D. Gas oksigen terhasil pada katod

B. Ion aluminium menerima elektron