A
B
C
D
E
100

Terangkan pengertian qiamat dari segi bahasa arab dan ilmu tauhid?

Qiamat ialah perkataan Arab قيامة dari segi bahasa bererti bangun atau bangkit.

Dalam ilmu tauhid, qiamat ialah bangkit setelah dihidupkan semula oleh Allah Subhanahu wataala selepas mati.

100

Tuliskan 5 nama-nama lain hari qiamat

  • Yaumul Hisab         Hari perhitungan
  • Yaumul Hasyri        Hari Perhimpunan
  • Yaumul Waqiah     Hari Kejatuhan
  • Yaumul Zalzalah   Hari Kegempaan
  • Yaumul Ba’tsi          Hari Kebangkitan
100

Berikan penjelasan tentang shirath?

Siapakah orang yang pertama meniti shirath?

Satu jambatan yang dibentangkan di atas neraka jahanam sebagai jalan menuju ke syurga.

Orang yang pertama adalah Nabi Muhammad S.A.W dan umat-umatnya

100

Jelaskan Maksud Hisab dan Mizan?

Hisab:

Pertimbangan dan perkiraan amalan semua manusia ketika di dunia sama ada baik atau jahat. Semua amalan tersebut tercatat di dalam buku catatan amalan masing-masing.

Mizan:

Neraca keadilan untuk menimbang segala amalan manusia di dunia setelah dihisab bagi menentukan sama ada seseorang itu masuk syurga atau neraka.

100

Senaraikan 5 sahaja tanda-tanda besar hari qiamat yang kamu pelajari.

  • Kedatangan Dajjal
  • Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke dunia kali kedua
  • Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
  • Keluarnya Dabbatul Ard (sejenis binatang melata yang keluar dari perut bumi)
  • Terbitnya matahari dari barat
200

Jelaskan Pengertian Samiyyat?

Sam’ iyyat bermaksud perkara-perkara ghaib yang dijadikan oleh Allah Subhanahu wataala yang hanya didengar melalui al Quran dan hadits dan kita terus menerimanya kerana akal dan fikiran manusia tidak akan dapat memikirkan hakikat roh dan nyawa.

200

Jelaskan Maksud sangkakala?

Satu alat tiupan untuk semboyan Qiamat. Bagaimana bentuknya, besarnya dan bunyinya Allah Subhanahu wa Ta’ala sahaja yang mengetahui. Apabila tiba saat yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, Malaikat Israfil akan ditugaskan meniup sangkakala (  صور)

200

Jelaskan proses / peringkat kehidupan manusia menuju kepada alam yang kekal abadi?

  • Peringkat pertama ialah daripada tidak ada kepada ada iaitu pertama kali hidup
  • Peringkat kedua ialah daripada ada kepada tidak ada iaitu mati setelah hidup
  • Peringkat yang ketiga ialah Peringkat yang akhir sekali iaitu hidup semula setelah mati.hidup Peringkat ini adalah hidup yang kekal abadi selama-lamanya.
200

Alamat qiamat ada 2 iaitu alamat kecil dan alamat besar. Senaraikan 4 sahaja tanda-tanda kecil hari qiamat yang kamu pelajari.

  • Bilangan wanita melebihi lelaki
  • Manusia lebih mementingkan kebendaan dan membelakangkan moral
  • Haram dan halal tidak menjadi soal
  • Fitnah dan bohong menjadi-jadi
  • Zina dan pelacuran menjadi-jadi sehingga di suatu masa manusia tidak dapat membezakan yang mana bapa dan yang mana anaknya
  • Masa semakin singkat
200

Jelaskan siapakah Dajjal dan antara sifat-sifat Dajjal menurut hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam?

  • Dajjal adalah seorang Yahudi.
  • Tidak mempunyai anak.
  • Tidak memasuki Mekah dan Madinah.
  • Buta sebelah matanya secara berganti-berganti dengan sebelah lagi.
  • Ada alamat kafir pada keningnya.
300

Terangkan keadaan orang yang beriman ketika berada di dalam kubur mengikut hadits Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wasallam?

Bagi orang yang beriman: Ditemani oleh amalannya yang shalih.Malaikat datang membawa berita baik untuknya.Ruangan dan bau syurga menusuk penglihatan dan jiwanya serta merasa cukup cepat berada dalam kubur.


300

Jelaskan Tafsiran ulama mengenai Dajjal?

  • Ada yang berpendapat bahawa Dajjal mati dibunuh oleh Nabi Isa a.s yang akan datang apabila hari qiamat.
  • Dajjal suatu gambaran simbolik yang dimaksudkan seperti penipu, fitnah, huru-hara dan kacau-bilau yang menjadi-jadi di akhir zaman.
  • Dajjal adalah kapitalis dan imperialis atau fahaman yang tidak bertuhan.
300

Jelaskan tafsiran ahli-ahli sejarah termasuk ahli sejarah barat tentang Yakjuj dan Majuj

  • Mereka ini sejak dulu adalah umat manusia yang liar dan ganas serta sentiasa memerangi kaum-kaum yang berhampiran.
  • Kaum liar ini pernah memerangi negeri China hingga didirikan tembok besar untuk mempertahankan serangan mereka.
300

Jelaskan tafsiran Ulama tentang Yakjuj dan Majuj

  • Ya’juj dan Ma’juj adalah dua umat manusia yang besar berasal dari keturunan Yafith anak Nabi Noh a.s.
  • Berbangsa Mongol dan Tartar.
  • Berasal daripada Utara Benua Asia ( mulai daripada Negeri China dan Tibet hingga ke laut Beku di Utara dan bersempadankan Negeri Turkistan di Barat )
300

Terangkan maksud mahsyar

Tempat luas yang disediakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala pada hari Qiamat sebagai tempat perhimpunan manusia selepas dibangkitkan semula untuk dibicarakan segala amalan mereka semasa hidup di dunia.

400

Percaya hari qiamat adalah salah satu daripada rukun iman. Bagaimanakah cara untuk mempercayai hari qiamat?

Tiap-tiap orang Islam wajib percaya bahawa qiamat tetap akan berlaku. Walau bagaimanapun tiada siapa yang mengetahui bila masanya termasuklah para nabi kerana hal ini hanya ada dalam pengetahuan Allah Subhanhu wataala.

Seseorang yang tidak kepada hari qiamat bukan dikatakan sebagai orang Islam kerana kepercayaan kepada hari qiamat adalah salah satu daripada rukun Iman

400

Huraikan pendapat  golongan Qadiani dan golongan Bahai tentang turunnya Nabi Isa Alaihissalam kali kedua ke dunia

Golongan Bahai mengatakan Bahawa penganjur mereka iaitu Bahaullah adalah sebagai Nabi Isa Alaihissalam yang ditunggu-tunggu itu

Golongan Qadiani berpendapat bahawa Nabi Isa Al Masih yang akan turun itu ialah penganjur  mereka Mirza Ghulam Ahmad

400

Terangkan keadaan orang yang tidak beriman Ketika berada di dalam kubur mengikut hadits Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wasallam?

Bagi orang yang tidak beriman: akan mendapat azab, lipan dan kala datang menggigitnya.Bahang neraka menjilat-jilat tubuhnya yang dihimpit oleh alam kubur yang sempit dan ia merasakan berselisih tulang rusuknya. Mereka akan merasa tersangat lama seksaan di dalam kubur

400

Huraikan kepercayaan kristian tentang 2 perkara iaitu jasad Isa al Maseh dan tujuan turunnya Nabi Isa Alaihissalam kali kedua ke dunia

JASAD

Mereka mengakui hakikat Nabi Isa Alaihissalam diangkat ke langit TETAPI selepas ia dikebumikan

TUJUAN

mereka percaya kedatangan Nabi Isa Alaihissalam kali kedua itu sebagai penyambung tugasnya dan menyeru manusia supaya kembali kepada kerajaan bapa (GOD) yang kekal abadi di dalam syurga

400

Jelaskan keadaan manusia ketika dihisab yang disebutkan dalam surah yaasin?

Yaasin: Pada hari Qiamat mulut-mulut manusia dikelukan sementara tangan pula berkata-kata dan kaki menjadi saksi atas amalan-amalan di dunia.

500

Pendapat orang-orang beriman mengenai matahari terbit dari barat DAN Pendapat orang yang dalam bidang astronomi mengenai matahari terbit dari barat 

PENDAPAT ORANG BERIMAN

Dengan kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta’ala pasti akan menerima dengan tenang walaupun ia tidak berdaya menganalisa sebab musababnya.


PENDAPAT ORANG BIDANG ASTRONOMI

Tentu akan memahami dengan mudah bahawa sekiranya matahari terbit dari barat tentulah membuktikan kekacauan dalam susunan sistem cakerawala ertinya sistem  perjalanannya tidak dalam keadaan biasa lagi.

500

Huraikan kepercayaan Islam tentang tujuan turunnya Nabi Isa Alaihissalam kali kedua ke dunia

Kedatangan Nabi Isa Alaihissalam kali kedua adalah bertugas sebagai rasul yang meneruskan syariat Allah Subhanahu wataala yang diturunkan kepada Nabi Muhammad.Baginda juga sebagai penyudah nabi-nabi dan rasul-rasul kerana Nabi Isa sudah hidup sebelum Nabi Muhammad.

500

Jelaskan Keadaan alam / makhluk ketika tiupan sangkakala menurut Al Quran dalam surah al Zalzalah

Al Zalzalah:

Apabila berbunyi sangkakala, bumi akan bergegar dan seluruh alam remuk.

Al Zalzalah:

Langit bergulung dan pecah, bumi mengeluarkan isinya, manusia tercengang kehairanan mengapa terjadi sedangkan bumi menjunjung perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala.

500

Bagaimana kita hendak tahu akan hampirnya berlaku qiamat?

  • Pembunuhan antara manusia berlaku sewenang-wenangnya
  • Masing-masing ingin berkuasa walau terpaksa menghapuskan lawannya
  • Manusia mengetepikan soal ugama bahkan menganggap nyawa seolah-olah tidak ada nilainya lagi.

لاتقوم الساعة حتى يكثر الهرج قالوا وما الهرج يا رسول الله قال : القتل، القتل

500

Huraikan kepercayaan Islam tentang jasad jasad Isa al Maseh alaihissalam

Kedatangan Nabi Isa al Maseh itu tidak mati dan tidak pula disula bahkan Nabi Isa Alaihissalam diangkat oleh Allah Subhanahu wataala hidup-hidup ke langit.Orang yang dibunuh itu ialah orang lain yang diserupakan oleh Allah Subhanahu wataala dengan rupa Nabi Isa Alaihissalam sedangkan Nabi Isa tetap dalam peliharaan Allah Subhanahu wataala