Apakah nama bunga kebangsaan Malaysia yang terkenal dengan lima kelopak dan sering dikaitkan dengan perpaduan?
Bunga Raya
Apakah warna tong kitar semula untuk kertas?
Biru
Apakah fenomena peningkatan suhu purata Bumi akibat peningkatan gas rumah hijau di atmosfera?
Pemanasan Global
Apakah satu (1) contoh tenaga boleh baharu (renewable energy) yang berasal dari matahari?
Tenaga Suria
Apakah satu tindakan mudah yang boleh kita lakukan setiap hari untuk menjimatkan elektrik di rumah?
Menutup suis lampu/kipas/air-cond bila tidak guna, mencabut plag peralatan elektrik, menggunakan mentol LED, buka tingkap
Haiwan apakah yang merupakan simbol hidupan liar Malaysia, mempunyai belang hitam dan oren, dan kini diancam kepupusan?
Harimau Malaya
Senaraikan dua (2) barangan yang boleh dikitar semula yang biasanya kita buang setiap hari di rumah.
Botol plastik, botol kaca, tin aluminium, kotak kadbod, akhbar lama
Apakah kesan utama penebangan hutan secara besar-besaran terhadap alam sekitar?
Kehilangan habitat haiwan, hakisan tanah, perubahan iklim, banjir kilat, kehilangan biodiversiti
Berikan satu (1) contoh bahan api fosil yang tidak boleh diperbaharui, dan pembakarannya menyumbang kepada pencemaran udara.
Arang batu, petroleum (minyak mentah), gas asli
Mengapakah aktiviti menanam pokok sangat penting untuk alam sekitar?
Menghasilkan oksigen, menyerap karbon dioksida, mengurangkan pencemaran udara, mengawal hakisan tanah, menyediakan habitat.
Apakah nama spesies tumbuhan yang paling besar di dunia, terkenal dengan bau busuknya seperti daging reput, dan banyak ditemui di hutan hujan kita?
Rafflesia
Apakah kaedah pengurusan sisa yang melibatkan penguraian sisa organik (sisa makanan, daun) menjadi baja untuk tanaman?
Pengkomposan / Kompos
Apakah nama gas rumah hijau utama yang terhasil daripada pembakaran bahan api fosil seperti petrol dan arang batu?
Karbon Dioksida (CO2)
Mengapakah penting untuk kita menjimatkan penggunaan air dalam kehidupan seharian?
Air bersih adalah sumber terhad, mengelakkan krisis air, mengurangkan bil air, mengurangkan tenaga untuk memproses air.
Berikan satu cara anda boleh mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna apabila membeli-belah.
Menggunakan beg guna semula (reusable bag), membawa bakul, tidak meminta beg plastik jika membeli sedikit barang.
Berikan contoh haiwan marin yang boleh ditemui di perairan Pahang atau di sekitar Pulau Tioman/perairan Rompin, yang kini dilindungi.
Penyu/ Dugong
Selain mengitar semula, apakah dua (2) daripada "3R" yang kita patut amalkan untuk mengurangkan sisa buangan?
Mengurangkan (Reduce) dan Mengguna Semula (Reuse)
Berikan satu (1) contoh bencana alam yang sering dikaitkan dengan perubahan iklim global, dan boleh berlaku di mana-mana termasuk di Malaysia?
Kenaikan paras air laut, banjir besar, kemarau panjang, ribut kencang
Apakah nama sumber tenaga boleh baharu yang menggunakan pergerakan angin untuk menjana elektrik?
Tenaga Angin
Sebagai pelajar, apakah satu (1) inisiatif yang boleh anda cadangkan di sekolah anda untuk meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan alam sekitar?
Kempen kitar semula, program tanam pokok, kelab alam sekitar, ceramah kesedaran, kempen jimat air/elektrik, pertandingan poster alam sekitar
Selain sumber kayu balak, apakah satu lagi hasil hutan penting yang sering dikutip oleh masyarakat Orang Asli di Labong?
Rotan, damar, akar kayu, herba
Apakah istilah untuk sampah-sarap yang dibuang ke dalam sungai, laut atau tasik yang boleh membahayakan hidupan akuatik, contohnya botol plastik atau beg plastik yang hanyut di muara Sungai Rompin?
Sisa Marin / Pencemaran Marin
Apakah nama lapisan atmosfera yang melindungi Bumi daripada sinaran ultraungu (UV) berbahaya dari matahari, dan kini semakin menipis akibat bahan kimia tertentu?
Lapisan Ozon
Namakan satu (1) jenis stesen jana kuasa di Malaysia yang tidak menggunakan bahan api fosil untuk menjana elektrik.
Stesen Jana Kuasa Hidroelektrik / Stesen Jana Kuasa Suria
Proses kitar semula membantu mengurangkan sampah. Selain dari kertas dan plastik, berikan satu lagi jenis bahan yang biasa dikitar semula dan jelaskan mengapa ia penting.
Tin aluminium/ kaca/ sisa makanan organik