SENANG
MUDAH
TAK SUSAH
RINGKAS
100

Antara yang berikut, yang manakah BUKAN contoh kata seru?
A. ceh
B. wah
C. amboi
D. sangat

D. sangat

100

Antara yang berikut, yang manakah BUKAN dalam senarai pembahagian kata nama?
A. nama am
B. nama khas
C. kata majmuk
D. kata ganti nama

C. kata majmuk

100

Evolusi bahasa Melayu telah mengalami beberapa peringkat. Pada peringkat kedua dalam evolusi ini adalah peringkat
A. kuno.
B. klasik.
C. moden.
D. pascamerdeka.

B. klasik.

100

“Sedang” merupakan salah satu contoh untuk kata
A. hubung
B. majmuk
C. sendi nama
D. ganda separa

A. hubung

200

Antara kumpulan kata yang berikut, yang manakah yang mempunyai bunyi diftong?

A    pau, tahu, hairan                                           B    sekoi, pantau, pantai

C   kain, kacau, mulai                                           D   boikot, daun, induk

B    sekoi, pantau, pantai

200

Konstituen subjek dalam ayat dasar mesti terdiri daripada

A    Frasa kerja     

B    Frasa adjektif     

C    Frasa nama  

D    Frasa sendi nama

C    Frasa nama  

200

Pilih perkataan yang terbentuk daripada proses terbitan dalam Bahasa Melayu.
A. landak, komputer, aset
B. melangkah, belajar, kehujanan
C. bolak-balik, gunung-ganang, saudara-mara
D. bercampur aduk, bersatu padu, janji temu

B. melangkah, belajar, kehujanan

200

Perkataan di bawah ini terdiri daripada kata ganda yang tepat KECUALI
I. Licin-licin
II. Saudara-dara
III. Mundar-mundir
IV. Gunung-ganang

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV

C. II dan III

300

 Pilih penyataan yang benar tentang bahasa Melayu klasik

I     Dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit

II    Digunakan sebagai lingua franca di kepulauan Melayu

III    Bahasa Melayu klasik berkembang antara abad ke-7 hingga ke-13

 IV   Tulisan jawi merupakan sistem tulisan yang terpenting pada zaman bahasa Melayu klasik

A    I dan II       

B    I dan III                  

C    II dan IV                 

D    III dan IV

D    III dan IV

300

Berikut ialah matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) kecuali

A     memaju dan memperkaya bahasa kebangsaan

B     memajukan bakat kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan

C     menyusun dan menerbitkan sebuah kamus bahasa kebangsaan

D     menganjurkan pertandingan berbalas pantun dan pidato dalam bahasa kebangsaan

D     menganjurkan pertandingan berbalas pantun dan pidato dalam bahasa kebangsaan

300

Yang manakah benar tentang bahasa formal?

I     Contoh bahasa formal ialah bahasa baku dan bahasa istana

II     Menggunakan ragam bahasa bebas yang tidak mementingkan peraturan bahasa

III    Mementingkan peraturan bahasa antaranya sebutan dan intonasi, ayat gramatis,dan tatabahasa

IV   Tidak wujud sekatan sosial dalam kalangan penutur dan menggunakan ragam bahasa bebas

A    I dan II

Yang manakah benar tentang bahasa formal?

I     Contoh bahasa formal ialah bahasa baku dan bahasa istana

II     Menggunakan ragam bahasa bebas yang tidak mementingkan peraturan bahasa

  III    Mementingkan peraturan bahasa antaranya sebutan dan intonasi, ayat gramatis,dan tatabahasa

IV   Tidak wujud sekatan sosial dalam kalangan penutur dan menggunakan ragam bahasa bebas

A    I dan II            

B    I dan III                    

C    II dan IV          

D    III dan IV

B    I dan III

300

Bidang fonologi ialah bidang yang mengkaji

A    bahasa secara saintifik                     

B    bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia

C   fonem-fonem dalam sesuatu bahasa tersebut

D   bunyi dalam sesuatu bahasa dan lambang kepada bunyi tersebut

D   bunyi dalam sesuatu bahasa dan lambang kepada bunyi tersebut

400

Ayat-ayat di bawah mempunyai pola ayat FN+FA KECUALI
A. Pokok itu sudah tumbang.
B. Wajah Amri sangat tampan.
C. Ayah Muhammad pengurus syarikat itu.
D. Pejabat ayah sungguh eksklusif dan kemas.

C. Ayah Muhammad pengurus syarikat itu.

400

Ayat-ayat di bawah mempunyai pola ayat FN+FK KECUALI
A.  Beberapa ekor burung merpati sedang makan padi di jemuran Mak Teh .
B. Buah durian di belakang rumah Pak Lazim sudah gugur .
C. Dua sisir sikat rambut di almari telah dibeli oleh kakak Gopal .
D. Askar Melayu yang membuat tasik di negeri Ceylon dahulu sungguh rajin.

Askar Melayu yang membuat tasik di negeri Ceylon dahulu sungguh rajin

400

Antara ayat yang berikut, ayat yang manakah frasa adjektifnya berfungsi sebagai subjek ayat?
A. Murah benar kasut ini.
B. Lemah lembut sifatnya.
C. Putih melambangkan kesucian.
D. Merah betul baju Mak Timah hari ini.

D. Merah betul baju Mak Timah hari ini.

400

“Akhir sekali saya ingin” atau “untuk mengakhiri ucapan saya” merujuk kepada karangan jenis
A. berita
B. ceramah
C. perbahasan
D. memorandum

B. ceramah

500

Kata penguat  yang betul penggunaannya 

A    Rumah Encik Muthu yang berharga  sejuta ringgit merupakan rumah yang paling besar sekali di daerah itu

B    Suara penyanyi veteran itu sangat merdu sekali apabila mendendangkan lagu keroncong

C   Gunung Kinabalu yang tertinggi sekali terletak di Sabah

D   Gelang  zamrud pemberian ibu  saya terlalu mahal sekali

A    Rumah Encik Muthu yang berharga  sejuta ringgit merupakan rumah yang paling besar sekali di daerah itu

500

Yang manakah antara ayat berikut mengandung frasa kerja dengan dua objek

I    Datin Sofia  menghidangi  besannya sepinggan laksa

II   Sultan  menganugerahi pegawai polis itu bintang kebesaran negeri

III  Kumaresan menamai kambingnya Si Tepok

IV  Dia menganggap saya adiknya

A    I dan II        

B    I dan IV              

C    II dan III            

D    III dan IV

A    I dan II  

500

   Yang manakah antara ayat berikut  ayat pasif

I      Persatuan Penduduk  Bukit Setongkol serahkan memorandum bantahan itu kepada kerajaan

II    Pengeluaran haiwan ternakan terjejas oleh pertumbuhan ekonomi yang kurang baik

III   Kaucurahkan kasih sayang kepadaku

IV   Peraturan yang lebih ketat kerajaan laksanakan untuk menghindari penyakit berjangkit

A    I dan II         

B    I dan IV          

C    II dan III        

D    III dan IV

D    III dan IV

500

Antara berikut, yang manakah pasangan kata yang dieja dengan betul?

I     ke8 – 1980-an                               

II     antibiotik – probarat

III    sub-kategori – mikro-biologi          

IV   hamba-Mu – prawacana

A    II dan III          

B    II dan IV     

C    I, II, dan III              

D    I, II, dan IV

B    II dan IV