Kesalahan Tatabahasa
Peribahasa
Kesalahan ejaan
Pola Ayat
100

Penagih dadah itu telah ditangkap. Beliau akan dihantar ke pusat pemulihan.

Beliau - Dia

100

Nyatakan maksud peribahasa "Bagai Aur dengan Tebing"


Maksud: Saling memerlukan dan bantu-membantu antara satu sama lain.

100

Perkataan 'nasionalisma' betul atau salah?

Ejaan betul nasionalisme

100

Nyatakan pola ayat dibawah:

Aziz pelajar.

FN + FN

200

Baju Eleena sangat cantik. Ianya direka oleh pereka terkenal.

Ianya - Bajunya

200

Nyatakan maksud peribahasa "Belakang Parang Pun Jika Diasah Nescaya Tajam"


Maksud: Seseorang yang bodoh sekalipun, jika berusaha belajar, akhirnya akan pandai juga.

200

Siti Nurhaliza merupakan penyanyi tersuhur.

tersohor

200

Nyatakan pola ayat dibawah:

Bayi itu tidur di dalam buaian.

FN + FK

300

"Kami akan membantu kamu menyelesaikan masalah itu," kata Jamal kepada Tahir.

Kami - Saya

300

Nyatakan maksud peribahasa "Pucuk Dicita Ulam Mendatang"


Maksud: Mendapat sesuatu yang lebih baik daripada yang diharapkan.

300

Jawatan kuasa program larian amal itu bertungkus lumus mencari dana.

Jawatankuasa

300

Nyatakan pola ayat dibawah:

Orang tua itu sungguh baik hati.

FN + FA

400

"Saya mahu awak-awak bermain dengan bersungguh-sungguh," pesan Cikgu Marzuki.

awak-awak - kalian

400

Nyatakan maksud peribahasa "Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama"


Maksud: Orang lain yang berusaha, tetapi orang lain yang mendapat pujian atau keuntungan.

400

Ibu membelikan saya sebuah kereta otomatik.

automatik

400

Nyatakan pola ayat dibawah:

Abang saya pulang dari Pulau Pinang.

FN + FK

500

Mereka-mereka yang berjaya menamatkan permainan itu akan menerima hadiah.

Mereka-mereka - Mereka

500

Nyatakan maksud peribahasa "Seperti Lipas Kudung"


Maksud: Seseorang yang sentiasa sibuk dan bergerak dengan pantas.

500

Pertunjukkan kebudayaan itu mendapat sambutan yang menggalakkan.

Pertunjukan 

500

Nyatakan pola ayat dibawah:

Abang saya dari Pulau Pinang.

FN + FSN