Bab 1
Bab 2.1 & 2.2
Bab 2.3 & 2.4
Bab 2.5
Bab 2.6
100

Mata pensel menjadi tajam selepas diasah oleh pengasah pensel tetapi pensel menjadi semakin pendek.

Tentukan jenis masalah pernyataan di atas.

Masalah inventif

100

Nyatakan jenis bahan kemasan dan kaedah kemasan yang sesuai digunakan untuk model 3D printing.

Bahan kemasan: Cat/ Lekar

Kaedah kemasan: Sembur

100

Nyatakan 4 elemen sistem elektrik.

Sumber, Medium, Kawalan dan Beban

100
Nyatakan 3 unsur sistem akuaponik.

Ikan, Bakteria, Tanaman

100

Apakah takrif reka bentuk makanan?

Reka bentuk makanan adalah aktiviti merealisasikan idea kepada bentuk makanan yang melibatkan inovasi dan kreativiti.

200

Nyatakan 4 jenis garisan interaksi yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu masalah.

- Berguna

- Berguna tetapi tidak mencukupi

- Berguna tetapi berlebihan

- Bermasalah

200

Nyatakan dua bahan yang sesuai digunakan untuk kaedah konvensional iaitu acuan dan tuangan.

-Campuran epoxy resin dan epoxy hardener

-Plaster of paris

-Getah

-Plastik

200

Berikan contoh komponen elektrik bagi setiap elemen sistem elektrik.

Sumber:

Kawalan:

Medium:

Beban:


Sumber: stesen jana kuasa (AU)/ bateri (AT)

Kawalan: Suis

Medium: Wayar

Beban: Motor, Mentol/Led, Pembesar suara, Elemen pemanas

200

Senaraikan tiga reka bentuk sistem akuaponik.

Sistem raft, Sistem Ebb & Flow, Sistem NFT

200

Jelaskan bagaimana reka bentuk makanan menggalakkan pembangunan sains dan teknologi moden.

Reka bentuk makanan berkembang pesat telah menyumbang kepada terciptanya pelbagai jenis mesin dan alatan.

300

Lily mudah berasa panas, dia memerlukan kipas siling untuk menyejukkan badan tetapi rakan sebiliknya akan berasa sejuk.

Nyatakan parameter dan percanggahan fizikal untuk situasi yang dihadapi oleh Lily.

Parameter: Kuasa

Percanggahan fizikal: Kuat-Lemah

300

Berikut adalah fungsi komponen mekanikal.

A: Sebagai penghubung sesuatu komponen atau bahan bagi melengkapkan suatu sistem.

B: berfungsi menukarkan gerakan linear kepada gerakan berputar.

Apakah komponen mekanikal yang dinyatakan di A dan B?

A: Gelongsor

B: Aci Engkol

300

Diberi nilai arus adalah 0.8A dan nilai rintangan 5 ohm bagi litar siri. Kira nilai voltan dan kuasa pada litar tersebut.

V=IR = 0.8 x 5 = 4V

P= VI = 4 x 0.8 = 3.2W

300

Nyatakan 1 kelebihan dan kelemahan sistem Ebb & Flow.

Biji benih nurseri boleh ditanam terus pada media penanaman.

Perlu menggunakan elektrik 24 jam

300

Berikan 4 contoh alatan membentuk dan mengukir.

pisau ukir, pisau turning, parisian scoop, [enerap (cutter)

400

Lily mudah berasa panas, dia memerlukan kipas siling untuk menyejukkan badan tetapi rakan sebiliknya akan berasa sejuk.

Yang manakah pemisahan yang sesuai dengan situasi Lily? Terangkan.

Adakah angin kipas siling perlu kuat dan lemah pada masa yang sama?

Di manakah angin kipas siling perlu kuat? Di tempat Lily.

Di manakah angin kipas siling perlu lemah? Di tempat rakan sebiliknya.

Pemisahan Ruang. Angin kipas siling perlu kuat dan lemah di tempat yang berlainan.

400

Nyatakan 3 aspek yang perlu dinilai apabila menganalisis kesesuaian komponen yang digunakan untuk membina gajet.

Reka bentuk komponen

Jenis Bahan yang digunakan

Kedudukan pemasangan komponen

Kemasan

400

Nyatakan 4 peranti Input Digital dan 4 peranti input Analog.

Digital: Suis tekan tutup, Suis mikro, penderia pergerakan, penderia air

Analog: penderia jarak, penderia cahaya, penderia suhu, penderia rintangan

400

Berikan contoh media penanaman yang sesuai dengan sistem NFT.

rock wool, kain flanel

400

Nyatakan 7 kriteria yang perlu ada pada pembungkusan makanan.

Tanda jenama, tipografi, warna, ilustrasi, reka bentuk, maklumat, saiz

500

Lily mudah berasa panas, dia memerlukan kipas siling untuk menyejukkan badan tetapi rakan sebiliknya akan berasa sejuk.

Cadangkan prinsip inventif yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Lily dan rakan sebiliknya. Jelaskan.

Pembahagian. 

Konsep: Perubahan ke peringkat kecil.

Mengubahkan saiz kipas siling kepada kipas berdiri yang lebih kecil.

500

Senaraikan langkah-langkah untuk membina gajet mekanikal yang berfungsi.

1. Membuat lakaran ceraian sistem dan komponen

2. Menyediakan komponen-komponen pembinaan

3. Penghasilan komponen 

4. Pemasangan komponen

5. Pengujian

6. Kemasan

500

Void setup () {

        pinMode (push_button, _______ );

        pinMode (Led, __________ );

}

Isi tempat kosong.



Void setup () {

        pinMode (push_button, INPUT );

        pinMode (Led, OUTPUT);

}

500

Nyatakan 5 kriteria penilaian reka bentuk sistem akuaponik.

-Kecenderungan inovasi, kreativiti dan keaslian reka bentuk

- Kandungan unsur simbolik, emosi, estetika dan penampilan

- kecenderungan fungsi dan praktikal

- ergonomik

-kekuatan kualiti dan kebolehpasaran

500

Nyatakan 3 faktor yang perlu dipertimbangkan dalam proses mereka bentuk pembungkusan makanan.

- menentukan sasaran pasaran dan demografi

-membentuk imej atau personaliti produk berdasarkan cita rasa dan keuntungan sasaran konsumer

- menentukan ciri-ciri penting produk kepada konsumer

-penggunaan warna yang betul dan menarik memberikan kesan kepada pembungkusan makanan.

- penggunaan imej dapat membawa maksud yang lebih tetapt berbanding teks yang panjang lebar

-memilih bahan pembungkusan yang mesra alam bagi memelihara alam sekitar.