Transpirasi
Transpirasi
Transpirasi
100

Apakah maksud transpirasi.

Transpirasi ialah suatu proses kehilangan air dalam bentuk wap air dari permukaan tumbuhan ke udara secara penyejatan.

100

Bagaimana pengaruh faktor persekitaran seperti keamatan cahaya, suhu, kelembapan udara, dan pergerakan udara terhadap kadar transpirasi?

Cahaya: Meningkatkan kadar transpirasi dengan merangsang pembukaan stoma untuk fotosintesis.

Suhu: Meningkatkan kadar transpirasi dengan mempercepatkan penyejatan air.

Kelembapan: Menurunkan kadar transpirasi kerana perbezaan kepekatan air antara daun dan atmosfera berkurang.

Udara: Meningkatkan kadar transpirasi dengan menghilangkan lapisan udara lembap di sekitar daun.

100

Nyatakan empat faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi tumbuhan.

Keamatan cahaya, kelembapan udara, suhu, pergerakan udara.

200

Gariskan jawapan yang betul tentang sistem pengangkutan dalam tumbuhan.

(a) Kehilangan air daripada tumbuhan melalui transpirasi adalah dalam keadaan (cecair/wap) manakala kehilangan air melalui pelembakan adalah dalam keadaan (cecair/wap).

(b) Tisu yang mengangkut air dalam tumbuhan ialah (floem/xilem) manakala yang mengangkut sukrosa ialah (floem/xilem).

(a) wap, cecair

(b) xilem, floem

200

Apakah perbezaan antara xilem dan floem dalam fungsi dan struktur dinding mereka?

Xilem: Berfungsi mengangkut air dan mineral dari akar ke seluruh tumbuhan. Xilem juga menyediakan sokongan struktur kerana dindingnya yang tebal dan lignin.

Floem: Berfungsi mengangkut bahan organik seperti sukrosa dari daun (tempat fotosintesis) ke bahagian lain tumbuhan. Dinding sel floem lebih nipis dan tidak berlignin.

200

Senaraikan dua jenis potometer.

Potometer jisim mengukur kadar transpirasi tumbuhan mengikut kadar jisim air yang diserap oleh tumbuhan. Potometer gelembung mengukur kadar transpirasi tumbuhan mengikut kadar isipadu air yang diserap oleh tumbuhan.

300

Mengapakah pewarna digunakan untuk mengkaji laluan air dalam struktur xilem. 

Laluan air di dalam struktur xilem tidak dapat dikesan tanpa penggunaan pewarna kerana tisu xilem tidak berwarna.

300

Nyatakan fungsi bekas vaskular bagi tumbuhan.

Xilem mengangkut air dan garam mineral dari akar ke daun melalui batang.

Floem mengangkut sukrosa yang dihasilkan pada daun ke seluruh bahagian tumbuhan.

300

Mariam menanam pokok bunga ros. Mariam mendapati pokoknya telah layu. Cadangkan satu cara untuk membantu Mariam mengatasi masalah pokok bunga rosnya yang layu. Berikan sebab bagi jawapan anda.

Mariam perlu melindungi pokok daripada cuaca panas dengan membina atap atau teduhan bagi pokok rosnya. Pokok akan terdedah kepada suhu yang lebih rendah. Semakin rendah suhu, semakin rendah kadar transpirasi, maka kurang air yang hilang.