Menyapu Balutan
Jamak Qasar
Solat Ketika Sakit 1
Solat Ketika Sakit 2
100

Mengapakah rukhsah menyapu balutan disyariatkan?

Rukhsah ini disyariatkan untuk mengelakkan kemudaratan sebelum luka sembuh.

100

Nyatakan dua waktu solat yang boleh dijamakkan.

Zohor & Asar

Maghrib & Isyak

100

Solat secara duduk yang utama ialah ___?

Solat secara duduk yang utama ialah solat duduk di atas lantai.

100

Apakah maksud rukhsah?

Keringanan hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada seorang yang mukallaf kerana keuzuran tertentu.

200

Nyatakan satu keadaan yang membolehkan seseorang menyapu balutan ketika berwuduk.

Luka tidak boleh terkena air, atau air boleh memudaratkan kesihatan.

200

Bezakan antara jamak taqdim dan jamak takhir.

Jamak Taqdim: dua solat dilakukan pada waktu solat pertama.
Jamak Takhir: dua solat dilakukan pada waktu solat kedua.

200

Nyatakan urutan keutamaan solat ketika sakit (berdiri → duduk → ...).

Berdiri, duduk, baring mengiring, baring melintang, isyarat mata

200

Adakah solat boleh ditinggalkan jika terlalu sakit?

Tidak boleh; solat wajib dilakukan mengikut keupayaan.

300

Nyatakan langkah2 menyapu balutan yang betul bagi anggota wudhu' yang berbalut & tidak boleh terkena air

  • Berwudhu seperti biasa.

  • Apabila sampai ke anggota wudhu yang berbalut, sapu air ke atas balutan itu.

  • Jika balutan itu tidak boleh disapu dengan air, elakkan daripada menyapunya.

  • Tunaikan solat dan solat tidak perlu diqada' selepas sembuh.

300

Nyatakan 3 syarat perjalanan bagi membolehkan solat qasar.

a) Musafir sekurang-kurangnya dua marhalah,
b) Belum berniat bermukim lebih 3 hari,
c) Bukan bermusafir maksiat.

300

Apakah maksud rukhsah?

Keringanan hukum yang disyariatkan Allah SWT kepada seseorang yang mukallaf kerana keuzuran tertentu

300

Nyatakan perbezaan antara solat ketika sakit dan solat orang sihat dari segi pergerakan.

Solat orang sakit dilakukan dengan pergerakan yang terbatas seperti duduk, baring atau isyarat, manakala orang sihat solat dengan pergerakan sempurna seperti berdiri, rukuk dan sujud.

400

Anda melihat seorang rakan anda menyapu sedikit sahaja pada hujung plaster luka ketika berwuduk. Adakah sah? Berikan cadangan.

Tidak sah. Dia perlu sapu seluruh permukaan balutanbagi memastikan ia sah.  

400

Haikal menunaikan solat jamak qasar ketika bermukim di kampung selama 5 hari. Adakah solatnya sah? Terangkan.

✘ Tidak sah jika sudah niat bermukim lebih 3 hari. Solat qasar hanya dibolehkan jika musafir dan belum niat menetap lebih 3 hari (tidak termasuk hari keluar dan masuk).

400

Seorang lelaki patah kaki dan tidak boleh berdiri atau rukuk. Terangkan cara dia menunaikan solat.

Dia boleh solat secara duduk atau baring, dan rukuk/sujud dengan isyarat kepala atau mata.

400

Jika seseorang mengalami strok ringan, apakah solat yang sesuai baginya?

Solat secara duduk atau baring, bergantung kepada keupayaannya.

500

Bincangkan perbezaan antara rukhsah menyapu balutan dan tayammum.

- Rukhsah menyapu balutan ialah ketika ada luka/cedera dibalut.
- Tayammum ialah pengganti wuduk bila tiada air atau tidak boleh guna air.

500

Adakah dibenarkan untuk jamak solat ketika hujan lebat di rumah? Beri pendapat dengan hujah.

Tidak dibenarkan jamak di rumah semata-mata kerana hujan. Jamak kerana hujan hanya di masjid dan untuk berjemaah, menurut sebahagian mazhab.

500

Mengapa penting bagi umat Islam mengetahui kaedah solat dalam semua keadaan termasuk sakit dan musafir?

Supaya umat Islam tetap menunaikan tanggungjawab fardu dalam apa jua keadaan, dan menyedari Islam itu agama yang mudah dan praktikal.

500

Cadangkan 2 cara untuk membantu rakan yang mengalami kecederaan kekal untuk tetap menunaikan solat dengan sempurna. (KBAT)

  • Menyediakan ruang solat yang sesuai dan selesa

  • Memberi tunjuk ajar cara solat duduk atau baring

  • Memberi semangat dan sokongan moral agar tidak tinggalkan solat