Struktur respirasi ialah tempat ........
berlakunya pertukaran gas antara sel yang berespirasi dengan persekitaran.
Sistem respirasi serangga dikenali sebagai ...........
Sistem trakea
Struktur respirasi yang dikhaskan untuk pertukaran gas di dalam air ialah
Insang
Pertukaran gas bagi katak berlaku melalui
kulit dan peparu
Pertukaran gas dalam badan manusia berlaku dalam ...........
alveolus peparu
Tiga ciri yang serupa untuk memastikan pertukaran gas yang cekap :
1) permukaan respirasi yang lembap
2) Lapisan permukaan respirasi adalah nipis
3) Struktur respirasi mempunyai jumlah luas permukaan yang besar.
Trakea terbahagi kepada cabang-cabang halus yang disebut
trakeol
Setiap insang terdiri daripada barisan ...... yang disokong oleh ........
filamen, lengkung insang.
Nyatakan dua ciri yang membantu pertukaran gas yang cepat dan efisien antara kulit dan persekitaran katak :
1) kulit nipis
2) kulit sentiasa lembap
Udara masuk ke dalam peparu melalui salur khas yang disebut
trakea
Bagaimanakah pertukaran gas melalui membran plasma di Amoeba.sp berlaku
Melalui resapan ringkas.
Sesetengah serangga seperti belalang mempunyai
kantung udara
Filamen mempunyai banyak unjuran nipis dan pipih yang disebut ......
lamela
Nyatakan perbezaan struktur respirasi bagi Katak dan Manusia?
Katak - Kulit dan Peparu.
Manusia - Alveolus.
Nyatakan dua persamaan bagi struktur respirasi manusia dengan haiwan?
- Kesemua struktur respirasi nipis dan ini memudahkan resapan gas respirasi berlaku dengan cepat.
- Kesemua struktur respirasi sentiasa lembap dan ini membenarkan gas respirasi melarut ke dalamnya.
Membran filamen insang adalah nipis dan mempunyai banyak
kapilari darah
Terangkan bagaimana kulit katak disesuaikan untuk pertukaran gas yang cekap?
Kulit katak adalah nipis, sentiasa lembap dan kaya dengan jaringan kapilari darah.
Nyatakan perbezaan struktur respirasi bagi Serangga dan Ikan?
Serangga - Trakeol
Ikan - Filamen dan lamela insang
Ramalkan apa yang akan berlaku kepada ikan yang insangnya terkoyak akibat tersangkut pada jaring?
Insang yang rosak mengurangkan jumlah luas permukaan untuk pertukaran gas yang efisien. Ikan berkemungkinan mati akibat kekurangan oksigen.
Bagaimana nisbah jumlah luas permukaan kepada isi padu yang tinggi bagi struktur respirasi ikan dan katak diperoleh?
Ikan - Bilangan filamen dan lamela insang yang banyak.
Katak - (i) Permukaan dalam peparu yang berlipat-lipat. (ii) Keseluruhan permukaan kulit.
Nyatakan fungsi bagi kantung udara yang ada pada belalang?
Berfungsi untuk menampung lebih banyak udara untuk mempercepatkan penghantaran gas respirasi semasa pergerakan badan yang cergas.
Bagaimana nisbah jumlah luas permukaan kepada isi padu yang tinggi bagi struktur respirasi serangga dan manusia diperoleh?
Serangga - Bilangan trakeol yang banyak.
Manusia - Bilangan alveolus yang banyak.
Jelaskan mengapa sistem pengangkutan tidak diperlukan untuk mengangkut gas respirasi dalam serangga?
Setiap sel dalam badan serangga dibekalkan dengan satu trakeol yang memasuki sel secara terus untuk membolehkan pertukaran gas berlaku.