Nyatakan definisi penulisan akhbar.
Menyampaikan maklumat, peristiwa, acara dan sebagainya berdasarkan format yang khusus.
Apakah kepentingan bahasa dalam penulisan akhbar?
Ketepatan maklumat: menjamin fakta yang tepat dan jelas.
Kredibiliti: meningkatkan kepercayaan pembaca.
Objektiviti: memastikan laporan yang adil dan tidak berat sebelah.
Menarik minat pembaca: menggunakan bahasa yang menarik dan jelas.
Kesederhanaan: mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.
Pengaruh emosi: memainkan peranan dalam mempengaruhi perasaan pembaca.
Penyebaran maklumat: medium utama untuk menyampaikan berita.
Pembentukan pendapat umum: membentuk persepsi masyarakat terhadap berita.
Apakah yang dimaksudkan dengan ciri-ciri berita iaitu "objektif"?
Ciri-ciri berita iaitu "objektif" adalah untuk memastikan berita tersebut bersifat adil dan tidak berat sebelah atau "bias".
Berikan contoh kategori berita umum yang anda ketahui.
(Semua jawapan adalah relevan jika menepati definisi berita umum iaitu menarik perhatian umum tanpa mengira keturunan, kedudukan atau kepakaran.)
Nyatakan gaya penulisan akhbar.
Penulisan akhbar menggunakan gaya yang jelas, padat, dan menepati objektif.
Nyatakan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam petikan berita ini, kemudian betulkan kesalahan tersebut.
Kadar Bantuan Sara Hidup bagi pesara dan veteran tentera dinaikkan daripada RM300 ke RM500. (Buletin TV3, 18 Oktober 2024).
Kata sendi "ke", sepatutnya "kepada".
Mengapakah salah satu ciri berita ialah "penting"?
Hal ini kerana berita harus memberi impak kepada pembaca. Berita yang bertemakan keselamatan, ekonomi atau kehidupan seharian biasanya mempunyai kepentingan yang tinggi.
Apakah yang dimaksudkan dengan kategori berita "semula jadi"?
Berita yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak dirancang seperti kemalangan, bencana alam dan kematian.
Berikan tujuan penulisan akhbar.
Menyampaikan sesuatu maklumat secara langsung dan mudah difahami oleh pembaca.
Berikan kesalahan tatabahasa dalam petikan berita ini, kemudian betulkan kesalahan tersebut.
Bunyi bising dalam reban ayam berhampiran sebuah rumah di Kampung Gulau, Sik membongkar kehadiran seekor harimau bahan yang dipercayai menyerang ayam peliharaan penduduk berkenaan. (Berita Harian, 19 Oktober 2024).
Kata sendi "dalam", sepatutnya "di dalam".
Mengapakah "cepat" menjadi salah satu ciri berita?
Berita perlu disampaikan secepat mungkin selepas peristiwa berlaku supaya kekal relevan dan tidak lapuk atau "basi".
Sila baca berita atas talian yang telah diberikan dalam kumpulan WhatsApp kelas dan nyatakan kategori bagi berita tersebut.
KHUSUS
Apakah struktur penulisan akhbar?
Penulisan akhbar biasanya menggunakan struktur piramid terbalik, iaitu maklumat yang paling penting disampaikan pada bahagian awal artikel, diikuti oleh butiran tambahan dan konteks yang kurang penting.
Nyatakan kesalahan tatabahasa dalam petikan berita ini, kemudian betulkan kesalahan tersebut.
Kawasan Pantai Esen yang kini dicemari lumpur berselut dan berbau busuk dipercayai mempunyai kaitan dengan pembangunan projek Pulau Silikon yang terletak tidak jauh dari kawasan pantai ini. Ianya semakin memburuk dengan bau yang menusuk hidung sejak dua bulan lalu. (Berita Harian, 20 Oktober 2024).
Kata Ganti Nama Diri Ketiga "ia", sepatutnya "keadaan ini" atau "fenomena ini". "Ianya" tidak wujud dalam kamus.
Bincangkan sebarang kemungkinan jika sesuatu berita yang dihasilkan tidak menepati ciri-ciri berita, iaitu "lengkap".
Apa sahaja jawapan atau pandangan yang relevan dikira tepat.
Sila baca berita atas talian yang telah diberikan dalam kumpulan WhatsApp kelas dan nyatakan kategori bagi berita tersebut.
UMUM
Siapakah tokoh wartawan yang boleh dijadikan contoh dalam penghasilan penulisan kewartawanan/berita
1. A. Samad Ismail (Jurnalis Malaysia, 1924-2008)
"Beliau antara tokoh besar dalam pembentukan minda masyarakat Malaysia yang tidak tecapai"
2. Ishak Haji Muhammad aka Pak Sako (Penulis Veteran, 1909-1991)
3. Mazlan Nordin (Wartawan: Utusan Melayu dan Berita Harian, 1925-2012)
"Bahasa kewartawanan menggunakan laras bahasa yang tidak serupa dengan laras bahasa ilmiah dan penulisan kreatif. Penulisan tentang berita dalam akhbar merangkumi tulisan-tulisan yang berbentuk laporan berita, ulasan berita dan rencana tentang berita" (Nik Safiah Karim, 2008)
Azura Halid. Jun. 2023. [KOLUMNIS] Bahasa kewartawanan: Tepat dan padat. Astro Awani.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kolumnis-bahasa-kewartawanan-tepat-dan-padat-425356
Sebelum memulakan penulisan berita, terdapat perkara yang perlu dikenalpasti, apakah perkara tersebut?
Perkara tersebut ialah persoalan mengenai;
Apa
Siapa
Bila
Di Mana
Mengapa
Bagaimana
Dalam meniti arus kemodenan teknologi kini, surat khabar kurang mendapat perhatian daripada masyarakat kerana masyarakat lebih cenderung untuk membaca berita dalam talian sahaja kerana ia lebih mudah dan cepat.
Persoalannya, adakah surat khabar masih relevan sehingga kini?
Berikan pendapat anda.
Ya, surat khabar masih relevan.
-surat khabar dapat mengubah masyarakat
-sumber disemak secara terperinci sebelum diterbitkan
-wartawan akan mengambil masa yang lama untuk menyiasat, mengumpul maklumat dan tidak ada tekanan untuk 'memecahkan berita'
-saluran media digital perlu mengejar masa supaya berita disiarkan secepat mungkin yang menyebabkan berlakunya salah fakta dan perlu dibetulkan
-mereka yang dberi kolum untuk menulis berita/artikel di surat khabar bukanlah sembarangan, mereka mesti mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu.
-tahap keyakinan pembaca lebih tinggi disebabkan ketepatan maklumat
-pengalaman dan perasaan memegang surat khabar
-rakyat luar bandar yang sukar untuk mendapatkan akses internet
Rujukan: Roz Ariffin Rozaid. Jun 2023. Relevan Surat khabar dalam era digital. Sinar Harian.
Nyatakan kaedah-kaedah untuk mendapatkan maklumat berita?
Pembacaan
Pemerhatian
Wawancara/Temu bual